suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padanlah tak pernah nampak ‘vlogger’ dari sana, rupanya empat negara ini haramkan terus akses YouTube

Disebabkan kawalan undang-undang yang amat ketat, sesetengah negara sekat terus akses kepada YouTube. -Gambar hiasan AI

YOUTUBE merupakan antara platform paling popular di dunia yang digunakan oleh jutaan pengguna setiap hari untuk pelbagai tujuan.

Daripada mengikuti perkembangan semasa, mencari panduan dan bahan pembelajaran hinggalah menonton video hiburan, platform itu seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden.

Namun, tidak semua penduduk dunia berpeluang menikmati kebebasan untuk mengakses YouTube.

Disebabkan kawalan ketat terhadap Internet, penapisan kandungan serta faktor politik, terdapat beberapa negara mengambil keputusan untuk menyekat platform tersebut secara kekal.

Menurut laporan Menafn, ini empat negara yang masih mengharamkan akses kepada YouTube sehingga kini:

China

Negara gergasi di Asia ini menyekat YouTube di kawasan tanah besarnya sejak tahun 2009 lagi.

Bagaimanapun, platform berkenaan masih boleh diakses di Hong Kong dan Macau.

Larangan tersebut dikaitkan dengan dasar kerajaan China yang mengawal ketat akses rakyat terhadap maklumat dan kandungan di Internet.

Iran

Iran turut mengenakan sekatan terhadap YouTube menerusi sistem penapisan khas yang digunakan kerajaan.

Selain YouTube, beberapa platform media sosial lain juga pernah disekat bagi mengawal kandungan yang boleh diakses oleh rakyat negara itu.

Korea Utara

Di Korea Utara pula, rakyatnya berdepan kawalan Internet yang jauh lebih ketat.

Akses kepada Internet global hampir tidak dibenarkan kepada orang awam bagi menghalang pengaruh serta penyebaran maklumat dari luar negara.

Disebabkan itu, platform seperti YouTube tidak boleh diakses secara bebas oleh rakyatnya.

Turkmenistan

Sebuah lagi negara yang mengenakan kawalan ketat terhadap penggunaan Internet ialah Turkmenistan.

Selain YouTube, beberapa platform media sosial popular seperti Facebook dan Twitter turut disekat.

Undang-undang Internet yang ketat di negara Asia Tengah itu menjadikan akses kepada pelbagai laman serta platform antarabangsa sangat terhad.

Realitinya, walaupun YouTube sudah menjadi keperluan harian bagi jutaan penduduk di seluruh dunia, situasi di empat buah negara ini membuktikan kebebasan mengakses alam maya masih lagi berbeza-beza mengikut dasar serta undang-undang sesebuah kerajaan.

Artikel Lain