Mengekalkan jarak dan memusingkan stereng ketika sedang berhenti di lampu isyarat atau berada dalam kesesakan adalah antara teknik pemanduan defensif. -Gambar hiasan AI
KETIKA berada dalam kesesakan atau berhenti di lampu isyarat, mungkin ada beranggapan kenderaan berada dalam keadaan selamat kerana tidak bergerak.Hakikatnya, situasi itu juga boleh mengundang risiko sekiranya kenderaan dari belakang gagal membrek, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kenderaan berat seperti lori atau bas. Kemalangan tragis di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 arah timur dekat Lanchang pada malam Isnin, akibat sebuah lori tangki muatan simen hilang kawalan hingga merempuh 10 kenderaan di hadapan ketika jalan sesak, sudah cukup untuk menjadi peringatan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa peka dalam apa situasi sekali pun.Berikut beberapa langkah keselamatan yang boleh diamalkan pemandu ketika berada dalam kesesakan atau berhenti di lampu merah:1. Pusing sedikit stereng ke arah lorong kosongKetika berhenti di lampu isyarat atau ketika jalan sesak, terutama jika kenderaan di hadapan ialah lori atau bas, pemandu boleh pusingkan stereng sedikit ke arah lorong bersebelahan yang kosong.Stereng boleh dipusing sedikit, sama ada sekitar separuh hingga satu pusingan, bergantung kepada keadaan dan ruang yang ada.Langkah ini bertujuan memberikan peluang kepada kenderaan anda untuk bergerak ke arah lorong bersebelahan sekiranya berlaku rempuhan dari belakang.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas ngeri LPT1, empat nyawa melayang kemalangan 11 kenderaanJika kenderaan di belakang gagal membrek, langkah ini berpotensi mengurangkan risiko kereta terdorong tepat ke hadapan dan tersepit di antara kenderaan berat.Apabila lampu bertukar hijau atau trafik mula bergerak, pusingkan semula stereng ke kedudukan lurus sebelum meneruskan perjalanan.2. Sentiasa pantau cermin pandang belakangJangan hanya memberi perhatian kepada kenderaan di hadapan ketika berhenti.Pemandu juga perlu menjeling cermin pandang belakang secara berkala, terutama sekiranya kenderaan anda berada paling belakang dalam barisan kesesakan.Jika kelihatan kenderaan besar seperti lori atau bas datang terlalu laju, pemandu mampu bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya kenderaan berkenaan gagal membrek.Kenal pasti ruang selamat di kiri atau kanan kenderaan bagi membolehkan anda bergerak keluar sekiranya keadaan benar-benar memerlukan.Kedudukan stereng yang sudah sedikit menghala ke arah ruang kosong boleh membantu pemandu bertindak dengan lebih pantas.Kenderaan akan terdorong ke tepi sekiranya dirempuh kenderaan lain yang gagal membrek, jika pemandu melakukan teknik pusing stereng. 3. Teknik tayar dan tarJangan berhenti terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan ketika berada dalam kesesakan.Sebaliknya, tinggalkan jarak yang mencukupi sehingga anda masih boleh melihat tayar belakang kenderaan tersebut menyentuh permukaan jalan.Jarak tersebut memberikan sedikit ruang untuk kenderaan anda bergerak keluar sekiranya berlaku kecemasan.4. Jangan masukkan gear P ketika berhentiBagi kenderaan automatik, elakkan memasukkan gear P atau Park setiap kali berhenti seketika di lampu isyarat.Pemandu boleh mengekalkan gear D sambil menekan brek atau menggunakan N bersama brek tangan, mengikut kesesuaian.5. Jangan leka main telefon bimbitKesesakan sering membuatkan pemandu berasa terlalu santai kerana kenderaan tidak bergerak.Ada yang mengambil kesempatan untuk melihat telefon, berbual atau melakukan perkara lain sehingga tidak menyedari keadaan trafik di sekeliling.Hakikatnya, kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata.Oleh itu, kekal peka terhadap situasi di hadapan, belakang, kiri dan kanan kenderaan.Ingat, walaupun kenderaan sedang berhenti, ia tidak bermakna pemandu bebas daripada risiko kemalangan. Semoga bermanfaat!