Sebanyak 44 telur penyu belimbing ditemukan di persisiran Pantai Marang. -Foto Jabatan Perikanan Negeri Terengganu
SELEPAS hampir sedekad tidak kelihatan, penyu belimbing atau leatherback turtle kembali mendarat di persisiran Pantai Marang, Terengganu.Kemunculan spesies yang turut digelar 'raja penyu' itu dianggap sebagai perkembangan penting dalam usaha pemuliharaan penyu di negeri berkenaan selepas kali terakhir pendaratan habitat itu direkodkan pada 2017. Penemuan tersebut dilaporkan kakitangan Pejabatan Perikanan Negeri Terengganu selepas mengesan jejak merangkak bersaiz besar di persisiran Pantai Marang.Jejak tersebut dianggarkan mempunyai lebar kira-kira 2.1 meter, sekali gus memberi petunjuk ia berkemungkinan ditinggalkan oleh penyu belimbing betina yang naik ke pantai untuk bertelur.Lebih menarik, pemeriksaan lanjut turut menemukan sarang yang mengandungi telur penyu itu dengan ukuran kira-kira 52 millimeter diameter. Penyu belimbing kembali mendarat dan menetas di Pantai Marang. -Foto NOAASebanyak 44 biji telur kemudian berjaya dialihkan untuk tujuan pemuliharaan ke pusat penetasan (hatchery) di Rantau Abang dan dijangka menetas dalam tempoh kira-kira tujuh hingga sembilan minggu.Penyu belimbing merupakan spesies penyu laut terbesar di dunia dan mempunyai ciri fizikal yang berbeza daripada kebanyakan spesies penyu lain.Berbanding habitat jenis penyu agar atau penyu sisik yang mempunyai tempurung keras, penyu belimbing mempunyai karapas yang lebih lembut dan bertekstur seperti kulit.Saiznya juga mampu mencapai lebih dua meter panjang dan beratnya boleh mencecah ratusan kilogram.Kepulangan spesies itu ke pantai Terengganu selepas sembilan tahun memberikan gambaran masih terdapat kawasan persisiran pantai di Malaysia yang sesuai untuk habitat berkenaan mendarat dan bertelur.