suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar lahirkan cef berbakat, Sunway Le Cordon Bleu bimbing pelajar jadi usahawan F&B berjaya

Le Café Le Cordon Bleu menjadi antara platform memberi pendedahan kepada peserta mengenai operasi perniagaan makanan dalam suasana sebenar. 

MENCIPTA makanan enak mungkin mudah, namun membina perniagaan makanan berjaya menuntut lebih daripada sekadar bakat memasak.

Ramai usahawan bermula dengan idea hebat, tetapi gagal mengembangkan perniagaan akibat kurang pendedahan dalam penjenamaan, pemasaran, operasi, pengurusan kewangan serta aspek perundangan. 

Tanpa asas kukuh, produk berkualiti sekali pun sukar menembusi pasaran atau berkembang dalam tempoh panjang.

Justeru, pendidikan kulinari hari ini tidak lagi tertumpu kepada kemahiran di dapur semata-mata. 

Sebaliknya, ia perlu melahirkan individu mampu berfikir seperti usahawan, memahami keperluan pasaran serta memiliki pelan perniagaan jelas sebelum melancarkan sesuatu produk.

Pendekatan itu penting bagi melahirkan lebih ramai founder atau pengasas perniagaan makanan bukan sahaja kreatif menghasilkan produk, malah mampu mengembangkan idea menjadi perniagaan berdaya saing.

Menyedari keperluan itu, Sunway Le Cordon Bleu memperkenalkan Diploma in Culinary Entrepreneurship - Food Business Incubator Programme, program intensif selama tiga bulan yang membantu bakal usahawan mengubah idea makanan menjadi sebuah perniagaan sebenar. 

Peserta program diploma menjalani latihan praktikal dalam bidang masakan, pastri dan bakeri sebagai persediaan membangunkan perniagaan makanan sendiri. 

Sepanjang program, peserta mengikuti latihan dalam bidang cuisine (kulinari), pastri dan bakeri yang diperkukuhkan dengan ilmu keusahawanan, sekali gus membentuk mereka bukan sekadar sebagai cef, tetapi individu sudah bersedia melancarkan perniagaan sendiri.

Berbeza daripada kulinari konvensional, program ini menggunakan pendekatan inkubator perniagaan. 

Peserta dibimbing melalui setiap fasa penting, bermula dengan pembangunan idea dan produk signature, sebelum mempelajari cara membentuk identiti jenama, merancang strategi pemasaran serta menyediakan pelan untuk memasuki pasaran.

Pendekatan itu memberi gambaran lebih jelas tentang realiti membangunkan sebuah perniagaan makanan. 

Bukan sekadar menghasilkan hidangan menarik, malah memahami proses menjadikan sesuatu idea sebagai produk yang mempunyai nilai komersial.

Bagi memastikan setiap peserta memiliki asas kukuh sebagai usahawan, pelbagai modul disediakan sepanjang tempoh pembelajaran. 

Antaranya termasuk keselamatan dan kebersihan makanan, pengurusan operasi, pembangunan perniagaan, penyediaan pelan perniagaan, pengurusan kewangan serta aspek perundangan. 

Antara hasil kreativiti peserta menggabungkan kemahiran kulinari dengan inovasi dalam pembangunan produk. 

Setiap modul dirangka bagi melengkapkan peserta dengan pengetahuan diperlukan untuk mengurus perniagaan secara lebih sistematik.

Keistimewaan program ini turut terletak pada pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman industri. 

Selain menjalani latihan di dapur profesional, peserta menerima bimbingan mentor berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelidikan serta pembangunan (R&D) produk.

Daripada memperhalusi resipi sehingga menilai potensi sesuatu produk di pasaran, setiap proses memberi pengalaman praktikal sebelum peserta benar-benar melangkah sebagai usahawan.

Program itu turut membuka peluang kepada peserta membentangkan idea perniagaan kepada pemilik perniagaan sebenar dan orang awam. 

Maklum balas diterima boleh dimanfaatkan untuk menambah baik produk, memperkemaskan strategi perniagaan serta meningkatkan keyakinan sebelum memasuki pasaran lebih kompetitif.

Diploma ini sesuai disertai pelbagai golongan termasuk alumni Le Cordon Bleu, graduan kulinari daripada institusi lain, individu berpengalaman dalam industri makanan dan minuman (F&B), mereka yang ingin beralih kerjaya serta memiliki idea produk makanan dan bercita-cita membina perniagaan sendiri.

Program ini turut memberi penekanan kepada aspek pengurusan operasi, penjenamaan dan pengalaman pelanggan sebagai persediaan melancarkan perniagaan makanan. 

Dalam dunia F&B semakin kompetitif, keenakan hidangan bukan lagi satu-satunya penentu kejayaan. 

Keupayaan memahami kehendak pasaran, membina identiti jenama diyakini pengguna, mengurus operasi secara cekap serta merancang hala tuju perniagaan menjadi kelebihan membezakan perniagaan mampu berkembang daripada sekadar bertahan.

Melalui Diploma in Culinary Entrepreneurship – Food Business Incubator Programme, peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran kulinari, malah meninggalkan program dengan konsep perniagaan lebih mantap, identiti jenama lebih kukuh, strategi pemasaran serta pelan memasuki pasaran (go-to-market plan) lebih jelas. 

Mereka turut dibekalkan asas kewangan dan perundangan bagi membantu melancarkan perniagaan makanan sendiri atau mengembangkan idea sedia ada menjadi sebuah usaha niaga lebih berdaya saing.

Ringkasnya, Diploma in Culinary Entrepreneurship – Food Business Incubator Programme bukan sekadar mengasah kemahiran di dapur, malah membimbing peserta memahami realiti membina sebuah perniagaan makanan. 

Daripada mencetuskan idea dan menghasilkan produk, sehinggalah merancang strategi memasuki pasaran, setiap fasa dirangka bagi membantu peserta melangkah dengan lebih yakin sebagai usahawan makanan menerusi program diploma ini.

Pengambilan bagi Oktober 2026 kini dibuka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Diploma in Culinary Entrepreneurship – Food Business Incubator Programme, layari laman web rasmi Sunway Le Cordon Bleu di www.cordonbleu.edu/malaysia

Ikuti juga perkembangan terkini menerusi Facebook Le Cordon Bleu Malaysia di www.facebook.com/LeCordonBleuMalaysia dan Instagram @lecordonbleumalaysia di www.instagram.com/lecordonbleumalays ia.

Artikel Lain