suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 tip pilih minyak hitam sesuai dengan kereta, penting tahu 2 perkara elak terbeli produk tiruan

Orang ramai dinasihati agar tidak membeli minyak enjin tiruan. -Gambar hiasan

RAMAI sebenarnya pemandu yang tidak mempunyai pengetahuan tentang minyak enjin atau minyak hitam.

Mereka juga tidak tahu cara untuk memilih minyak enjin yang bersesuaian dengan kereta masing-masing.

Menurut akaun TikTok Lubrex Malaysia, terdapat tiga cara paling senang untuk anda memilih minyak enjin.

1. Ikut buku panduan

Pertama sekali kena kenal pasti minyak enjin yang bersesuaian untuk kereta anda. Pemilik akan dibekalkan buku manual ketika membeli kereta.

Jadi, anda boleh merujuk kepada buku manual pengeluar kenderaan.

Motosist checking the tyre pressure.

Ramai pemandu tidak memiliki pengetahuan teknikal tentang kenderaan mereka. -Gambar hiasan

Contohnya kereta Perodua Bezza, Myvi dan Axia menggunakan minyak jenis 0W-20.

2. Cuaca

Pemilik kereta juga perlu melihat situasi pemanduan serta cuaca di Malaysia. Negara kita bersuhu panas, tak sama dengan negara Eropah yang sejuk.

Jadi pemandu kena pilih minyak hitam yang bersesuaian dengan suhu persekitaran.

3. Tulen

Pastikan minyak enjin yang dibeli adalah tulen dan bukan tiruan. Paling penting, kena ada kelulusan API (American Petroleum Institute) dan ACEA (Association des Constructeurs Européens d'Automobiles).

Mana-mana jenama minyak enjin di pasaran harus memiliki API dan ACEA. Ini bagi memastikan anda tidak terbeli minyak enjin kitar semula atau tiruan.

Jika menggunakan minyak enjin tiruan, maka anda perlu menanggung lebih banyak kos sekiranya kereta rosak.

Artikel Lain