suria

Jangan asal boleh, ini 5 warna paling sesuai bilik tidur lelaki

Warna dinding putih mampu memberi ketenangan dan elegan.

KALAU menjengah bilik tidur kaum lelaki, kebiasaannya ia bukan sahaja tidak teratur malah hiasan dalaman dan pemilihan perabot kebanyakannya 'asal boleh' saja.

Itu belum lihat ke arah dinding bilik - warnanya juga langsung tidak mencerminkan peribadi pemiliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup seminggu... ini yang berlaku pada tuala yang tidak dicuci!

Sebenarnya terdapat warna khusus untuk cat bilik golongan lelaki dalam melambangkan kelakian dan sifat maskulin mereka di samping menjadikan ia ruang yang selesa dan menarik.

1. Biru

Ketenangan itu penting dan secara umumnya warna biru mampu membangkitkan rasa tenang. Biru adalah warna sempurna untuk bilik tidur kaum lelaki.

Ia dapat mengurangkan tekanan dan menambahkan ketenangan fikiran selepas seharian sibuk di pejabat dan melakukan aktiviti lasak seperti bersukan atau berkebun.

Bagi mendapatkan sedikit kelainan, apa kata pilih warna biru royal atau midnight blue.

2. Coklat

Mungkin bukan warna kegemaran dalam kalangan lelaki, tetapi rona ini sebenarnya cukup sesuai untuk bilik tidur.

Warnanya juga cukup mudah dipadankan dengan pelbagai perabot termasuk berasaskan kayu.

3. Kelabu

Kelabu adalah warna yang menggambarkan keanggunan tetapi masih maskulin yang membuatkan ia banyak menjadi pilihan dalam kalangan lelaki.

Ia mampu memberi kesan terang pada ruang selain nampak lebih mewah jika bijak disesuaikan dengan perabot dan pemilihan aksesori.

4. Putih

Putih mungkin warna paling asas tetapi ia sebenarnya membolehkan seseorang bermain dengan kreativiti ketika menghias bilik mereka agar nampak lebih teratur dan kemas.

Penggunaan cadar dan langsir yang lebih gelap akan menaikkan seri putih dalam bilik anda.

5. Hitam

Berbeza dengan putih, hitam dapat menciptakan ruang yang tenang terutamanya pada waktu malam.

Ia paling sesuai sekiranya anda mempunyai bilik tidur yang besar serta pencahayaan yang bagus. Padankan dengan aksesori ringan seperti selimut berwarna putih, langsir yang akan menaikkan lagi seri warna dinding anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain