suria

Jangan gelabah, ada 5 cara selesaikan sendiri si bulus yang cirit-birit

Kucing yang mengalami cirit-birit boleh membuatkan ia berasa lemah dan tak bermaya.

KALAU si bulus mengalami cirit-birit, memang akan buat pemiliknya susah hati dan jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan membawanya berjumpa doktor haiwan.

Bagaimanapun, sekiranya keadaan kucing anda tidak teruk, tidak perlu membawanya ke klinik sebaliknya anda sendiri boleh merawatnya di rumah!

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 5 tanda si bulus bahagia bersama anda!

Ada beberapa jenis rawatan yang boleh dicuba bagi merawat si bulus kesayangan anda.



Kucing yang sakit perlu diberi perhatian.

1. Ganti makanan kucing

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menggantikan makanan yang biasa dimakan dengan jenama yang lain.

Jika berterusan memberinya makanan yang sama, ia boleh menghadkan kemampuan saluran ususnya untuk sembuh dan merisikokan si bulus terkena penyakit berbahaya lain termasuk lipidosis hati.

Sekiranya anda baru menukar dietnya dan ia mengalami cirit-birit, maka kembali kepada diet lama dan lihat sama ada masalah dihadapinya berkurangan.

2. Serat

Beberapa jenis cirit-birit kucing boleh sembuh dengan diet rendah serat atau makanan yang mudah dicerna. Cari produk dengan kadar serat kasar sebanyak tiga peratus yang mampu membantu memulihkannya.



Ubat pencegah cirit-birit juga boleh diberikan.

3. Air yang cukup

Kucing yang mengalami cirit-birit perlu minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelak dehidrasi. Isi mangkuk dengan air bersih dan segar yang diletak bersebelahan makanannya agar ia lebih tertarik untuk minum air.

Sebagai cara lain, sediakan juga makanan basah seperti ayam atau ikan yang dihancurkan dan campurkan air agar ia mendapat air dalam tubuhnya.

4. Probiotik

Bakteria baik dalam usus diperlukan untuk penghadaman yang normal. Suplemen probiotik dapat membantu mengembalikan kehadiran bakteria ke dalam usus kucing.

5. Ubat pencegah cirit-birit

Kebanyakan ubat cirit-birit untuk kucing selamat digunakan dan ia antara cara bagi melegakan kesakitan si bulus kesayangan anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain