suria

Ketahui 5 tanda si bulus bahagia bersama anda!

Kucing yang tidur bersama tuannya petanda ia gembira dan percaya kepada pemiliknya.

SEBAGAI pemilik kucing, sudah pasti kita mahu si bulus berasa bahagia dan gembira selain menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Bagaimanapun adakah kucing berasa bahagia bersama kita? Apakah petunjuk yang membuktikan si bulus berasa gembira bersama tuannya?

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak pantang larang jaga anak kucing... Jangan sentuh seminggu pertama, elak si ibu abaikannya!

Meskipun kucing tidak dapat berkata-kata untuk menzahirkan rasa terima kasih, tetapi ia sering menunjukkan rasa kasih sayang terhadap tuannya menerusi beberapa cara. Ini termasuklah;



Kucing suka dibelai oleh tuannya.

1. Mengiau

Kucing secara umumnya dapat menyatakan rasa bahagia menerusi suaranya. Umumnya apabila kucing mengiau dalam nada tinggi ia bererti dia sedang gembira.

Manakala mengiau dalam nada rendah kebiasaannya cara dia menunjukkan rasa sedih dan menurut apa dikatakan tuannya.

Kucing yang pendiam pula bukan bererti dia dalam keadaan tertekan tetapi adalah satu bentuk komunikasi bahawa ia selesa.

2. Bahasa tubuh

Jelingan mata, pergerakan telinga dan tubuhnya boleh menunjukkan perasaan bahagia atau sebaliknya. Contohnya, kucing yang sedang berehat sambil melentokkan kepalanya di peha tuannya adalah petanda ia bahagia dan percaya kepada anda.



Kucing yang bahagia tidak berasa kekok dengan keadaan sekelilingnya.

3. Tidak kekok

Kucing yang gembira dan bahagia tidak malu menunjukkan sifat sebenarnya seperti bermain, mencakar barangan anda di rumah atau senang bergaul dengan orang tidak dikenalinya.

4. Aktif

Kucing yang aktif bermain adalah tanda ia sihat dan gembira. Ia juga biasanya akan lebih aktif apabila tuan bermain bersamanya dan ia menunjukkan tanda senangnya dengan anda.

5. Tidur

Kucing mungkin akan tidur lebih lama sekiranya ia sakit atau mengalami tekanan dan kebiasaannya ia akan mencari 'port' sesuai untuk menyendiri.

Tetapi tanda kucing yang bahagia, ia biasanya akan tidur bersama tuan atau bersama kucing belaan anda yang lain. Kucing yang tidur dengan tuannya, membawa maksud ia mempercayai anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain