suria

Banyak pantang larang jaga anak kucing... Jangan sentuh seminggu pertama, elak si ibu abaikannya!

Anak kucing yang baharu lahir memerlukan penjagaan rapi agar ia dapat membesar dengan sihat.

MENJAGA anak kucing yang baharu lahir bukan perkara mudah. Ini kerana terdapat beberapa pantang larang yang perlu dititikberatkan agar ia dapat membesar dengan baik.

Ini termasuklah dengan menghindar daripada menyentuh anak kucing yang baharu lahir kerana ia boleh menyebabkan si ibu tidak mengenali anaknya serta enggan menyusukan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Berapa lama kucing boleh hidup? Ini 4 cara nak tahu usia sebenar si bulus kesayangan anda

Jika ia telah dipegang oleh manusia maka baunya akan berbeza dan menyebabkan si ibu kucing enggan menjaga dan mengabaikannya.



Susu yang sesuai memberi kesan kepada tumbesaran anak kucing.

Kebiasaannya, si ibu akan menjilat bayinya sebaik dilahirkan untuk mewujudkan bau khas mereka.

Oleh sebab itu, sebaik-baiknya elak daripada menyentuh anak kucing pada minggu pertama ia dilahirkan dan sekiranya perlu berbuat demikian pakai sarung tangan ketika memegangnya.

Sementara itu, pada empat minggu pertama, anak kucing akan minum susu ibunya tetapi jika ia dipisahkan daripada ibunya, ia perlu diberikan susu yang sesuai memandangkan ia memerlukan tenaga untuk membesar.



Si comel akan membesar dengan baik sekiranya dijaga rapi.

Anak kucing juga lebih kerap minum susu dalam tempoh itu sebelum boleh diberikan makanan mentah.

Tidak hanya menjaga makan dan minumnya, pemilik juga perlu memastikan berat anak kucing dalam keadaan normal iaitu dalam lingkungan 300 gram dan memerhatikan peningkatannya dalam tempoh empat minggu.

Jika berat badannya tidak meningkat, ada kemungkinan anak kucing mengalami masalah dan memerlukan rawatan di klinik haiwan.

Jika keperluan dan penjagaan diberikan sebaiknya, anak kucing berpotensi membesar dengan sihat dan ceria.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain