suria

Bukan hanya jenama mahal, ini 5 cara jaga TV supaya tahan lebih lama!

Televisyen yang terkena air boleh menyebabkan skrinnya rosak.

SEIRING dengan perkembangan zaman, televisyen seperti TV LED dan Smart TV mula mengambil alih bagi mencapai kepuasan ketika menonton rancangan kegemaran bersama keluarga.

Sesuai dengan harganya, kita tentunya ingin memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu bertahan lama memandangkan kos untuk membaikinya juga agak mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasti ramai tak tahu... Rupa-rupanya ada kesan buruk jika cuci beras dalam periuk nasi!

Tetapi perlu diingat, untuk membuatkan televisyen anda bertahan lama bukan hanya bergantung kepada kualiti dan jenamanya sahaja tetapi cara penggunaan perlu dititikberatkan.

Jika ia tidak digunakan dengan betul, maka ia sangat berpotensi untuk cepat rosak. Terdapat beberapa cara bagi memastikan televisyen canggih anda tahan lebih lama;

1. Jauhkan TV daripada tempat lembap

Umumnya, barang elektronik termasuk TV agak sensitif terhadap kelembapan udara dan boleh menyebabkan komponennya mudah menjadi karat.

2. Aliran elektrik tidak stabil

Ketika membeli sebuah TV LED atau Smart TV, perhatikan aliran elektrik rumah sama ada ia stabil atau pun tidak. Sebabnya, setiap barangan elektronik memerlukan aliran elektrik yang stabil agar dapat berfungsi dengan baik.

Aliran elektrik yang tidak stabil boleh menjejaskan kompenan dalaman TV anda yang pada akhirnya membuatkan ia mudah rosak.

3. Jangan pasanga ketika hujan

Ketika hujan petir, elakkan memasang televisyen. Antena TV yang disambar petir boleh menjadi penyebab televisyen kesayangan anda rosak.

Lebih malang, jika aliran elektrik masih ada, kilat boleh menyambar televisyen sehingga ia meletup. Aliran elektrik daripada petir dapat mengalir ke televisyen memandangkan kabel menjadi penghantar daripada antena ke TV.

4. Cabut plug ketika tidak digunakan

Jika tidak digunakan atau ingin keluar, jangan lupa cabut plug televisyen anda bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Ia juga boleh menjimatkan penggunaan elektrik rumah anda.

5. Elakkan terkena air

Barangan elektrik biasanya sensitif terhadap air dan jika terkena ia boleh rosak. Sekiranya televisyen anda terkena air, sebaik-baiknya biarkan sehingga ia benar-benar kering.

Jika ia boleh dihidupkan maka air tidak terkena pada komponen dalaman dan jika sebaliknya berlaku ia mungkin petanda anda perlu mengeluarkan wang untuk membeli televisyen yang baharu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain