suria

Nak badan berisi dan berotot, ikuti 5 senaman ringkas ini

Senaman push up bukan sahaja mudah tetapi memberi kesan lebih cepat dalam proses menaikkan berat dan otot badan.

MANFAAT bersenam bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah mempunyai pelbagai kelebihan termasuklah membakar lemak yang memberi kesan penurunan berat badan.

Senaman bukan sahaja dapat menguruskan badan tetapi boleh menambahkan berat badan termasuk membentuk otot sekiranya melakukan gerakan yang betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan banyak mana pun tetap slim! Ini 6 makanan dapat bantu tambah berat badan si kurus

Namun senaman untuk tujuan itu mengambil masa yang agak lama untuk membentuk otot namun terdapat lima senaman ringkas boleh dilakukan bagi tujuan itu;

1. Push up (tekan tubi)

Tekan tubi adalah senaman paling sesuai untuk membantu membentuk otot lengan dan bahu. Caranya sangat mudah dan boleh dilakukan baik lelaki atau perempuan.

Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan tekan tubi secara berulang mengikut kemampuan dan tingkatkan jumlahnya setiap hari.

2. Squats (mencangkung)

Squats atau mencangkung dapat membentuk otot pada punggung, lutut dan paha. Gerakan itu mudah kerana ia tidak memerlukan bantuan alatan lain untuk melakukannya.

Tetapi bagi mendapat kesan yang ketara - punggung perlu dalam posisi tegak selari dengan paha sebelum naikkan tubuh ke atas dan turun mencangkung.

Untuk permulaan, anda dinasihatkan melakukan senaman ini secara perlahan-lahan agar tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

3. Pull up

Senaman ini lebih kurang sama dengan push up tetapi ia lebih kepada menguatkan otot lengan, bahu serta punggung.

Sama seperti senaman lain, gerakan ini perlu dilakukan secara berulang bagi mendapatkan kesan ketara.

4. Lunges

Gerakan lunges boleh menguatkan tulang punggung dan kaki selain ia mampu memperbaiki keseimbangan.

Gerakannya juga sangat mudah - Anda hanya perlu berdiri tegak dan membuka kaki seperti ingin melangkah. Condongkan tubuh sehingga keadaan lutut berada dalam posisi 90 darjah.

5. Bench press

Senaman ini dapat menguatkan otot dada, bahu dan trisep. Caranya anda perlu mengangkat bebanan mengikut kemampuan.

Lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Gabungan kesemua lima gerakan ini dapat memberikan kesan maksimum dalam usaha menambah berat badan dan membina otot.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain