suria

Anda diet vegan? Tempe, terung dan cendawan antara pengganti terbaik daging

Tempe antara makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat.

AMALAN diet vegetarian cukup popular dalam kalangan masyarakat India yang mana mereka tidak mengambil sebarang bentuk makanan daging dalam tempoh masa tertentu.

Bagaimanapun diet ini semakin popular kerana konsepnya memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan selain ramai yang cuba mencari alternatif untuk menggantikan daging dengan makanan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya makan sayur dan buah, si vegan ini kurang risiko penyakit jantung

Jika ada yang ingin mencuba diet ini, anda boleh menukar pengambilan daging dengan beberapa makanan lain yang lebih menyihatkan namun masih enak dimakan.

1. Kekacang

Kekacang adalah pengganti terbaik kepada daging kerana ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral.

2. Tempe

Banyak kajian mendapati antara khasiat yang terdapat dalam tempe adalah sumber proteinnya yang baik selain mengandungi antioksidan dan rendah lemak.

Ia sangat sesuai dijadikan sebagai salah satu menu diet pengganti daging memandangkan sumber vitamin diperlukan tubuh badan.

3. Cendawan

Cendawan juga merupakan salah satu menu yang sesuai menggantikan daging kerana ia kaya dengan protein dan dapat meningkatkan tenaga.

4. Nangka

Selain daripada sayur-sayuran, buah juga boleh menjadi pengganti terbaik daging. Buah nangka bukan sahaja sedap dimakan kerana manis tetapi ia juga mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin A, C dan B bagi mencegah sesetengah penyakit.

5. Terung

Terung merupakan tanaman yang ditanam sejak 1500 tahun di India dan Cina. Tahukah anda bahawa terung merupakan buah atau sayuran yang mampu melindungi diri daripada penyakit berbahaya seperti kanser dan sakit jantung.

Maka ia dianggap pengganti daging yang sangat relevan bagi tujuan menjaga kesihatan.

Mengamalkan diet vegan atau vegetarian sememangnya pilihan yang sangat tepat untuk mengubah gaya hidup lebih sihat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain