Hanya makan sayur dan buah, si vegan ini kurang risiko penyakit jantung - Famili | mStar

Hanya makan sayur dan buah, si vegan ini kurang risiko penyakit jantung

Amalan pemakanan berasaskan sayuran mampu mengurangkan risiko sakit jantung.

MENUKAR menu makanan harian daripada daging kepada sayuran boleh membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Menurut kajian yang diterbit di Journal of Amerika College of Cardiology, saluran pencernaan manusia menjadi tempat bakteria yang dikenali sebagai mikrobiota usus yang memainkan peranan penting dalam metabolisme, penyerapan nutrien, tahap tenaga, dan tindak balas imun.

Sekumpulan penyelidik termasuk dari Universiti Tulane, Amerika Syarikat mendedahkan bahawa salah satu bahan kimia semulajadi yang dihasilkan oleh bakteria usus apabila mereka mencerna nutrien dalam produk haiwan seperti daging merah adalah metabolit yang dikenali sebagai trimethylamine N-oxide (TMAO) telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit  jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Muda, aktif, tiada penyakit tapi terkena serangan jantung... Apa puncanya?

ARTIKEL BERKAITAN: Awas penyakit jantung koronari membunuh secara senyap... ketahui tanda-tanda dan cara mencegahnya

Mereka berkata mengekalkan diet sayuran atau vegan boleh mengurangkan jumlah TMAO yang dihasilkan dalam badan.

Dalam kajian itu, saintis terbabit telah menjalankan kajian melibatkan 760 wanita dalam Kajian Kesihatan Jururawat - kajian unit  prospektif melibatkan 121,701 jururawat wanita berusia 30 hingga 55 tahun.

Wanita lebih ramai mengalami CHD.

Peserta kajian diminta melaporkan data pola makan, tabiat merokok, aktiviti fizikal, serta data demografi lain dan menyediakan dua sampel darah yang diambil selama 10 tahun.

Penyelidik mengukur tahap kepekatan TMAO dalam komponen cecair darah, plasma, dari koleksi pertama ke koleksi darah kedua.

Wanita mencatatkan tahap tinggi TMAO mempunyai 67 peratus lebih tinggi risiko penyakit jantung koronari (CHD).

"Diet adalah salah satu faktor penting untuk mengawal tahap TMAO dalam badan. 

"Tiada kajian kohort prospektif yang telah membincangkan sama ada perubahan jangka panjang dalam TMAO dikaitkan dengan CHD, dan sama ada pengambilan makanan boleh mengubah suai faktor ini," jelas Lu-Qi yang merupakan penyelidik bersama dari Universiti Tulane.
      .

Perubahan rutin makanan kepada sumber sayuran mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Menurut penyelidik, penemuan itu menunjukkan penurunan tahap TMAO boleh menyumbang kepada pengurangan risiko CHD.

Mereka berkata usus kecil ini mungkin merupakan kawasan baharu untuk meneroka pencegahan penyakit jantung.

Apabila TMAO diperiksa dalam pengumpulan sampel darah kedua yang diambil selepas 10 tahun kemudian, tahap mereka jauh lebih tinggi daripada peserta CHD.

Penyelidik berkata, setiap peningkatan dalam TMAO, dikaitkan dengan peningkatan 23 peratus untuk risiko CHD.

Tambah mereka, mengekalkan kawalan demografi, diet dan gaya hidup mampu mengurangkan hubungan antara tahap TMAO dan risiko CHD yang lebih tinggi.

Vegan , Sayuran , Penyakit Jantung

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain