Muda, aktif, tiada penyakit tapi terkena serangan jantung... Apa puncanya? - Famili | mStar

Muda, aktif, tiada penyakit tapi terkena serangan jantung... Apa puncanya?

Kehidupan aktif dan usia yang muda bukan jaminan untuk terkena serangan jantung.

ISNIN lalu dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian selebriti tempatan dan kali ini melibatkan pelakon Ashraf Sinclair akibat serangan jantung.

Ramai berasa bingung dan tak percaya dengan pemergian suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) itu kerana Allahyarham baharu berusia 41 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan jantung bukan lagi penyakit orang tua... Golongan muda beri perhatian 4 perkara ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Awas penyakit jantung koronari membunuh secara senyap... ketahui tanda-tanda dan cara mencegahnya

ARTIKEL BERKAITAN : Awas! Jantung boleh berhenti bila-bila masa, ketahui punca dan rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Ashraf juga cukup dikenali sebagai seorang yang gemar menjalani kehidupan sihat serta aktif melakukan senaman di gimnasium, selain tidak mempunyai sebarang penyakit.

Jadi bagaimana seorang yang sihat boleh terkena serangan jantung sehingga menyebabkan kematian?

Berita kematian Ashraf Sinclair akibat serangan jantung mengejutkan peminat.

Sihat aktif bukan jaminan terkena penyakit jantung

Menurut Pakar Kardiologi Hospital Universiti Indonesia, Dr. Ratih Fabriani, faktor seseorang itu dilihat sihat serta aktif dalam aktiviti sehariannya tidak cukup untuk menyelamatkan individu itu daripada risiko serangan jantung.

Sebaliknya kata Dr. Ratih, satu-satunya cara untuk memastikan seseorang itu bebas daripada sebarang risiko penyakit jantung adalah dengan melakukan pemeriksaan berkala di hospital.

Tambahnya, pemeriksaan tersebut bukan sahaja berkaitan jantung sebaliknya tahap kolestrol, kandungan gula dalam darah serta tekanan darah.

"Ketiga-tiga perkara ini adalah penyebab utama kepada pembuluh darah tersumbat dan berisiko untuk terkena serangan jantung.

"Seseorang itu mungkin berasa sihat dan aktif tetapi mungkin berisiko... tambahan pula serangan jantung jarang menunjukkan tanda-tanda dan sekiranya ada, barangkali ramai tidak menyedarinya," katanya seperti dilaporkan portal Kompas.

Dr. Ratih memberitahu kaum lelaki lebih berisiko tinggi untuk terkena serangan jantung kerana wanita mengalami menstruasi dan menghasilkan hormon estrogen yang bersifat pelindung kepada pembuluh darah.

Stres penyumbang utama serangan jantung secara senyap!

Dalam pada itu, pakar perubatan Dr. Yazeed Hair Johari menerusi perkongsian di Facebook berpendapat, kematian disebabkan serangan jantung semakin tinggi di usia muda disebabkan beberapa faktor termasuk stres akibatkan tekanan kerja, pendapatan, masalah di tempat kerja dan peribadi.

Dr. Yazeed menjelaskan stres akan mengakibatkan peningkatan hormon dipanggil cortisol dan adrenalin sekaligus meningkatkan risiko darah beku yang boleh tersumbat pada salur darah utama.

Tidak terhenti disitu, tambahnya lagi, faktor pemakanan termasuk makanan segera yang tidak diketahui kaedah penyediaannya terutama jika ia mengandungi kadar kolestrol tinggi juga memainkan peranan.

"Antara faktor menyumbang kepada kerosakan jantung adalah pengambilan kolestrol tinggi. Lihatlah di sekelilingi kita, ayam goreng, burger, bubble tea, pisang goreng cheese, nasi kandar ia semuanya makanan berminyak dan berkolestrol tinggi.

"Sekiranya ada ahli keluarga yang pernah mengalami sejarah serangan jantung, anda perlu lebih berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan sewajarnya," katanya yang turut menambah faktor kurang bersenam antara penyumbang kepada penyakit itu.

Stres turut menyumbang kepada masalah jantung. 

Pemakanan kunci kesihatan jantung

Bagaimanapun katanya, paling penting adalah seseorang itu perlu mengubah gaya hidup selain menjaga pemakanan seimbang bagi memastikan jantung sentiasa berada dalam keadaan sihat.

"Paling penting di sini adalah menukar gaya hidup! Tidak kira badan kita 'sado', berketul-ketul sekalipun, tapi pengambilan makanan tidak seimbang dan berkalori tinggi tidak berguna juga.

"Labur wang untuk makanan yang sihat untuk badan walaupun nafsu kita tak sanggup nak telan. Curi masa untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," tambahnya.

Bagi menjaga kesihatan jantung, Dr. Yazeed memberitahu makanan terbaik adalah;

1. Tiada minyak

2. Tiada garam

3. Rendah karbohidrat

4. Tiada lemak

5. Protein dimasak secara rebusan adalah yang terbaik.

Cara untuk mengenal pasti simpton serangan jantung juga kata Dr. Yazeed boleh dikenal pasti menerusi beberapa tanda ini;

1. Sakit dada bahagian kiri

2. Sesak nafas

3. Kebas atau lenguh tangan kiri

4. Mual-mual

5. Pening kepala

Jantung , Pembuluh Darah , Ashraf Sinclair

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain