suria

Fenomena El Nina kembali lagi... Kerap hidupkan penghawa dingin, ada 3 cara nak jimat elektrik

Ada pelbagai cara untuk menjimatkan elektrik ketika menghidupkan penghawa dingin.

BOLEH dikatakan penghawa dingin sudah menjadi peralatan elektronik yang penting di setiap rumah apatah lagi dengan cuaca panas seperti di Malaysia.

Meskipun penghawa dingin mampu menyejukkan ruang dan memberi keselesaan tetapi ia turut meningkatkan bil elektrik anda setiap bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah guna penghawa dingin, ini 5 cara nak sejukkan rumah anda!

Jadi bagaimana caranya untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan pada masa sama masih dapat berasa selesa dengan menggunakan penghawa dingin?

1. Ruang tertutup

Pastikan ruang terletaknya penghawa dingin tertutup dan ini adalah kunci untuk memastikan ruangan itu sentiasa sejuk.

Ia bukan sahaja mengekalkan suhu sejuk tetapi membuatkan penghawa dingin tidak perlu bekerja keras untuk merendahkan suhu bilik anda.

Apabila ia perlu bekerja keras, bermakna lebih banyak tenaga digunakan sekaligus meningkatkan bil elektrik anda.



Sentiasa menyelenggara penghawa dingin anda agar ia tetap berfungsi dengan baik.

2. Jaga kebersihan penghawa dingin

Seperti kipas angin, penghawa dingin juga boleh mengumpul debu dan kotoran, jadi ia perlu dibersihkan secara berkala.

Sekiranya terlalu banyak kotoran yang tidak dibersihkan, penghawa dingin tidak dapat berfungsi secara maksimum dan membuatkan ia perlu bekerja lebih keras ketika ia dihidupkan.

Jika tidak tahu cara membersihkannya, sebaik-baiknya hubungi pihak penyelenggara penghawa dingin yang lebih tahu cara-cara membersihkannya.

3. Hidupkan kipas angin

Sekiranya anda memasang penghawa dingin di dalam bilik, pastikan ketika alat itu digunakan, hidupkan juga kipas angin bagi membantu alat itu mengalihkan udara panas daripada bilik anda.

Dengan cara itu, bilik akan lebih cepat sejuk dan penghawa dingin tidak perlu bekerja keras. Ia juga cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain