suria

Kita anggap pelik, tetapi 5 perkara ini normal di negara lain!

Wanita di Bolivian gemar bergusti dalam persalinan tradisional.

SETIAP negara di dunia ini mempunyai tradisi dan kepercayaan tersendiri yang membezakan mereka dengan orang lain.

Sejajar dengan kemajuan dunia, tamadun manusia juga turut berubah dan kita turut berkongsi pelbagai persamaan terutamanya dalam menjalani kehidupan seharian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 8 perkara pelik yang anda hanya akan temui di Korea Selatan!

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang masih diamalkan dan ia mungkin kedengaran pelik bagi kita tetapi ia adalah kebiasaan buat mereka.

1. Undi atau denda!

Ada segelintir yang menganggap menyelesaikan masalah negara itu adalah tanggungjawab individu tertentu - tanggapan itu sama sekali tidak benar.

Setiap warganegara mempunyai hak untuk memilih serta menentukan hala tuju sesebuah negara dan masih ada yang memandang ringan dan enggan keluar mengundi. Paling parah, langsung tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi meskipun sudah layak.

Atas sebab itu, di Australia, sekiranya rakyat tidak keluar mengundi, mereka boleh dikenakan tindakan denda.

2. Gusti dalam persalinan tradisional

Wanita di Bolivia memang terkenal gemarkan sukan gusti. Paling menarik, mereka masuk ke gelanggang dengan memakai pakaian tradisional.

Meskipun kelihatan pelik bagi orang lain, tetapi ia adalah senario biasa di negara itu.

3. Kesesakan di Mesir

Siapa yang tak tertekan jika ada pemandu yang melanggar peraturan sesuka hati, malah ada yang berani membuli pengguna jalan raya yang lain!

Tetapi, di Mesir ia adalah perkara biasa - malah melanggar lampu merah dan menyebabkan kesesakan lalu lintas adalah perkara biasa.

4. Motosikal keluarga

Sebuah motosikal yang dinaiki oleh tiga orang, pasti kita menganggap ia berbahaya apatah lagi jika ia membawa kanak-kanak di jalan raya yang sibuk.

Tetapi jangan terkejut sekiranya anda melihat sebuah motosikal dibonceng lima orang sekaligus dan ia adalah senario biasa di negara seperti India, Bangladesh dan Pakistan.

5. Umur sekadar angka

Di seluruh dunia, usia seseorang manusia dikira mengikut tahun kelahirannya, tetapi berlainan di Korea Selatan.

Apabila seorang bayi dilahirkan, mereka terus berusia setahun pada hari dilahirkan dan umurnya bertambah setahun mengikut kalendar lunar. Contoh pengiraannya;

Usia Korea Selatan: Usia sebenar + 1 (Jika hari jadi sudah berlalu)

Usia Korea Selatan: Usia sebenar + 2 (Sebelum hari jadi)

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain