Ketahui 8 perkara pelik yang anda hanya akan temui di Korea Selatan!

Lelaki memakai solekan adalah senario biasa di Korea Selatan.

SETIAP orang ada prespektif berbeza terhadap sesuatu perkara yang mempengaruhi budaya sesebuah negara termasuklah Korea Selatan.

Masyarakat di negara berkenaan meskipun masih berpegang teguh kepada adat dan budaya, tetapi masih mengikut perubahan teknologi.

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam koyak, beg plastik antara 7 barang ramai sayang nak buang, kenapa ya?

Maka tak hairan Korea Selatan menjadi sebuah negara yang menjadi tumpuan dunia sehingga apa yang mereka lakukan dan amalkan mendapat perhatian.

Berikut adalah lapan perkara yang kita rasa pelik apabila ditemui ketika berkunjung di Korea Selatan tetapi sebenarnya ia satu kebiasaan buat masyarakat di sana.

1. Sokongan kerajaan pada wanita mengandung

Wanita hamil mendapat bantuan kewangan RM1,500 bagi kegunaan kecemasan malah mereka mempunyai tempat parkir khas.

Jika anda menaiki bas atau MRT di Korea Selatan, jangan pelik jika ada tempat duduk berwarna merah jambu - ia tempat khas buat ibu mengandung.

2. Uniform pra-sekolah

Terdapat beberapa warna uniform yang digunakan kanak-kanak pra-sekolah bagi mengelakkan mereka hilang ketika melakukan aktiviti luar kelas untuk membolehkan mereka mudah dikenal pasti ketika berada dalam kumpulan orang ramai.

3. Pembedahan plastik

Dilaporkan sekitar 20 ke 30 peratus wanita di negara itu melakukan pembedahan plastik. Malah ada ibu bapa yang memberikan hadiah pembedahan plastik kepada anak mereka bersempena ulangtahun ke-16 mereka.

4. Hubung kait antara jenis darah dan personaliti

Hampir semua orang Korea tahu jenis darah bagi membaca personaliti mereka seperti mana kita membaca zodiak.

Banyak buku yang dihasilkan mengenai kaitan jenis darah dan personaliti - malah ramai yang memilih pasangan berdasarkan perkara itu.

5. Rakyat Korea ada dua umur

Pelik. Tapi itulah hakikatnya. Bayi yang baharu lahir disifatkan berusia setahun dan mengira umur mereka setiap 1 Januari setiap tahun. Jika seseorang itu dilahirkan pada 16 Mei 1993, sepatutnya dia berusia 27 tahun tetapi dia Korea usianya 28 tahun.

6. Lelaki Korea suka bersolek

Ramai daripada kita mengecam artis kpop lelaki menggunakan solekan tetapi sebenarnya itu adalah kebiasaan di negara itu. Hampir 20 peratus lelaki melakukannya setiap hari.

Kosmetik lelaki mempunyai pasaran yang besar di Korea Selatan,sebab itu mereka sentiasa nampak 'cantik'!

7. Tidur merata tempat

Mereka boleh tidur di mana sahaja. Kebanyakan daripada mereka adalah pekerja dan pelajar atau bekerja lebih masa yang hanya mendapat tidur selama empat ke lima jam sehari.

8. Kedai serbaneka tempat lepak

Kalau di Malaysia, pergi kedai serbaneka, beli barang dan terus balik tetapi berbeza di Korea Selatan. Ia juga mendapat tempat berkumpul bersama rakan-rakan sambil makan ramen.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain