suria

Seluar dalam koyak, beg plastik antara 7 barang ramai sayang nak buang, kenapa ya?

Ramai masih gemar menyimpan pakaian dalam dan plastik yang telah rosak!

JIKA perhatikan keadaan sekeliling rumah kita, pasti terdapat barang-barang yang terbiar dan tidak digunakan lagi.

Ada diantaranya sudah bertahun-tahun berada di tempat sama, hendak dibuang, rasa sayang kerana merasakan ia akan berguna suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak susah kekal produktif kerja dari rumah... cuba 7 cara ini pasti anda enjoy!

Sudah tiba masanya kita kikis sikap itu bagi memastikan rumah berada dalam keadaan bersih dan selesa. Paling penting barang-barang yang dibuang boleh dikitar semula.

Ini adalah 10 barang yang patut kita elak simpan di rumah sekiranya sudah tiada kegunaan.

1. Surat khabar, majalah lama

Surat khabar, majalah lama, kupon, surat - antara kertas yang jarang kita buang terutamanya majalah kerana merasakan kita sudah membayar wang yang mahal untuk membelinya.

Tanpa disedari ia menjadi timbunan dan berhabuk. Sudah tiba masanya kita bersihkan semua majalah lama. Tak susah pun, kini banyak tempat kitar semula disediakan termasuk tong khas di kawasan perumahan.

Tindakan itu boleh menyelamatkan banyak pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas.

2. Makanan dalam peti ais

Jika sudah sampai seminggu dalam peti ais dan tidak dimakan - lebih baik buang sahaja! Tambahan pula kalau makanan ringan yang tidak menyihatkan. Mata tak sakit, badan pun sihat!

3. Pinggan mangkuk

Walaupun sudah retak atau pecah, ada di antara kita yang tetap simpan pinggan atau cawan dalam almari. Cuba tanya diri sendiri, adakah anda masih memerlukannya?

4. Kabel

Sejajar dengan perubahan teknologi, kita mesti memiliki pelbagai gajet yang datang dengan pelbagai kabel dengannya. Amat penting untuk anda singkirkan kabel yang sudah tidak digunakan.

Di simpan pun bukannya boleh digunakan malah membuatkan anda lebih keliru apabila mencari kabel yang sesuai.

5. Pakaian dalam

Jika baju dalam atau seluar dalam sudah ketat dan berlubang, untuk apa disimpan lagi? Buat semak almari sahaja!

6. Pakaian

Ayuh kita gunakan logik. Jika anda sudah tidak pakai sesuatu pakaian dalam tempoh yang lama, percayalah anda tidak akan memakainya!

Anda cuma rasa seronok nampak banyak pakaian tergantung dalam almari - tetapi bayangkan jika pakaian tersebut didermakan kepada golongan memerlukan? Pahala anda dapat, almari pun tak selerak.

7. Beg plastik

Sekali beli barang dapur, bukan main banyak beg plastik yang digunakan sampai kadang-kadang tak cukup tempat nak simpan. Apa kata kumpulkan dan hantar ke pusat kitar semula. Sayangi alam sekitar, gais!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan

Motosikal unik curi perhatian warga Singapura