suria

Tak susah kekal produktif kerja dari rumah… cuba 7 cara ini pasti anda enjoy!

Ada pelbagai cara untuk memastikan kita kekal produktif ketika bekerja di rumah, rasa ‘enjoy’ dan pada masa yang sama mengelakkan kita daripada mengalami stres!

BEKERJA dari rumah memang kedengaran menyeronokkan kerana tidak perlu ke pejabat tetapi ia sebenarnya boleh menjadi perkara sukar jika kita tidak bijak menguruskan masa.

Silap langkah, bekerja dari rumah atau lebih mudah disebut WFH (work from home) boleh membuatkan kita tertekan dan itu belum lagi pelbagai gangguan lain yang boleh mengganggu semua tugas yang patut diselesaikan.

Akhirnya, kita menjadi tidak produktif dan semua tugas yang patut diselesaikan terbengkalai.

Tetapi kita harus akui, bekerja dari rumah sudah menjadi perkara normal pada masa ini memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan tak mustahil amalan ini akan terus kekal pada masa akan datang.



Jangan jadikan bilik tidur sebagai 'pejabat'.

Paling penting, WFH pada masa ini adalah salah satu cara menunjukkan keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam menghapuskan penularan wabak itu.

Sesuailah dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu 'Malaysia Prihatin' yang menunjukkan semangat berganding bahu sesama rakyat Malaysia.

Ada pelbagai cara untuk memastikan kita kekal produktif ketika bekerja di rumah, rasa ‘enjoy’ dan pada masa yang sama mengelakkan kita daripada mengalami stres!

Perkara paling utama, wujudkan sebuah ruang kerja yang selesa... tapi jangan pula jadikan bilik tidur atau ruang makan sebagai tempat bekerja!



Penting untuk buat senarai tugas yang perlu disiapkan agar kita dapat fokus.

Ini sangat penting bagi memberikan anda suasana berbeza dan 'feel' pejabat meskipun berada di rumah.

Antara perkara lain yang sering diabaikan adalah kebersihan diri, sampai ada yang bangun tidur terus buka laptop. Apa kata selepas ini, mandi terlebih dahulu dan pakai pakaian yang sesuai dan kemas.

Selepas sarapan pagi, buat senarai tugas yang perlu disiapkan agar kita boleh fokus dan siapkan semua kerja pada hari tersebut.

Dalam pada itu, bagi menaikkan mood ketika bekerja, hiaskan 'pejabat' anda agar nampak lebih ceria. Tak perlu bajet besar, mix and match apa yang ada pun sudah memadai. Asalkan mata sedap memandang.



Hiaskan 'pejabat' anda bagi menaikkan mood ketika bekerja.

Paling penting kita perlu tahu bahawa tidak salah untuk berehat seketika kerana kalau bekerja tanpa henti pun, ia sebenarnya dapat membunuh produktiviti kita.

Senaman ringan antara aktiviti yang dapat membuatkan kita tidak tertekan selain segarkan diri dengan segelas kopi atau snek ringan.

Jika kerja sudah selesai, boleh gunakan waktu lapang dengan memasak makanan kegemaran, sempurnakan tugas peribadi atau mengemas rumah.

Sebab itu penting merancang dan tetapkan target harian dengan betul. Pada akhirnya kita sendiri adalah penentu kepada produktiviti diri sendiri.



Apabila kerja pejabat sudah selesai, bolehlah kita buat kerja rumah.

Sekarang sudah 2020, 63 tahun Malaysia bebas daripada penjajah! Kita bukan sahaja perlu merdeka daripada sebarang anasir luar yang merosakkan negara malah bebas daripada sebarang gangguan membantutkan produktiviti dalam kehidupan kita.

Tapi ingat, imbangkan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi agar kita bebas daripada tekanan. Kekal positif, kekal produktif.

Selamat Hari Kebangsaan 2020!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain