suria

Tanpa disedari 5 barangan kegunaan harian ini ada fungsi tersendiri

Garisan putih pada bicu fon kepala sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri.

HIDUP ini tentang belajar perkara baharu setiap hari dan kita sentiasa mencari jalan untuk memudahkan urusan harian kita.

Tapi sebenarnya tanpa kita sedari ada beberapa perkara yang setiap hari kita gunakan sudah didatangkan untuk memudahkan kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati tenang tengok barangan Milo penuh rumah, tin berkarat pun ada nilai!

Ini adalah sebahagian benda yang mempunyai kegunaan lain tanpa anda sedari.

1. Lubang pada batang lolipop

Sepanjang zaman kanak-kanak, agaknya sudah berapa banyak lolipop yang kita makan dan pasti anda perasan pada batangnya terdapat satu lubang kecil di atasnya, bukan?

Sampai ada yang buat sebagai serunai selepas lolipop habis dimakan!

Lubang itu bukan saja suka-suka dibuat begitu tetapi sebenarnya ia adalah sebagai pemegang lolipop daripada tertanggal daripada batangnya!

2. Bahagian tebal pada kabel laptop

Pasti ramai daripada kita pernah mengalami gangguan suara dan bunyi pelik apabila sedang bercakap telefon dekat dengan pembesar suara, bukan?

Atau gangguan bunyi bising apabila mikrofon dekat dengan pembesar suara!

Sebenarnya bahagian tebal pada kabel pencegas laptop itu adalah untuk menghalang bunyi dan gangguan pelik ketika menggunakan laptop.

3. Garisan pisau lipat

Pernah anda terfikir mengapa ada garisan pada pisau lipat? Garisan itu sebenarnya adalah untuk membolehkan anda mematahkan bilahnya supaya bahagian lebih tajam berada di hadapan.

Jadi tidak perlu anda membeli yang baharu setiap kali bahagian hadapan bilah pisau sudah tumpul.

4. Misteri lubang kecil telefon

Pasti ada yang pernah tertanya-tanya apakah fungsi lubang kecil di antara lensa dan flash kamera telefon anda, bukan?

Well, lubang kecil itu sebenarnya adalah mikrofon bagi merakam suara apabila anda merakamkan menggunakan kamera belakang.

5. Jalur pada bicu fon kepala

Kita sering menggunakan fon telinga untuk mendengar lagu atau menonton video di YouTube. Tetapi perasan tak, pada bicu fon kepala itu ada garisan padanya?

Ia tidak dibuat untuk suka-suka tetapi ia mempunyai fungsi untuk memastikan kedua-dua fon berbunyi. Jika garisan putih itu tiada, anda hanya akan dengar bunyi daripada bahagian sebelah sahaja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain