suria

Selain gaji, jangan dedahkan 4 perkara ini kepada rakan sekerja anda

Elak dedahkan nilai gaji anda kepada sesiapa sahaja yang tidak berkenaan.

TEMAN sepejabat adalah antara individu yang anda akan jumpa setiap hari tapi itu bukan bererti semua perkara anda boleh kongsi dengan mereka.

Sebaliknya terdapat beberapa perkara yang perlu anda rahsiakan daripada pengetahuan mereka demi kebaikan bersama.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda elakkan berkongsi dengan rakan sepejabat.

1. Gaji

Tidak kira seberapa rapat anda dengan teman sepejabat, jangan sesekali memberitahu mereka berapa gaji anda.

Ia bukan sahaja menunjukkan anda tidak mampu menjaga kerahsiaan tentang perkara bersifat 'profesional' sebaliknya akan wujud rasa tidak senang sekiranya gaji anda melebihi rakan yang lain.

Sekaligus akan mewujudkan konflik dan rasa tidak puas hati dalam diam.

2. Kesihatan

Jika anda mempunyai masalah kesihatan, lebih baik jangan dedahkan kepada umum. Akan ada dua pemahanan yang boleh berlaku, rakan sekerja kasihankan anda atau mereka akan merasakan anda menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk mengabaikan tugas pejabat.

Pada akhirnya, jika anda dedahkan masalah kesihatan kepada mereka, tiada apa yang dapat mengubah hakikat atau membuatkan anda lebih sihat.

3. Hal 'dalam kain'

Kehidupan peribadi anda seperti hubungan dengan keluarga, suami-isteri atau hubungan intim tidak sepatutnya diceritakan kepada teman sepejabat.

Ia mungkin akan menjadi senjata mereka sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari. Lebih baik berhati-hati!

4. Perubahan gaya hidup

Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Jika anda membeli kereta, sofa baharu atau mempunyai kekasih sebagai contoh, tidak perlu dicanang kepada teman sepejabat.

Mereka mungkin tersenyum mendengar cerita anda tetapi ia juga boleh mewujudkan rasa cemburu dan tanda tanya dalam diri mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain