Nomophobia, ketakutan tak dapat pegang telefon... Apa tanda-tandanya?

Ramai yang menghidap nomofobia tanpa disedari.

KEBERGANTUNGAN manusia pada telefon telah menyebabkan ramai tidak mempunyai interaksi langsung dengan orang lain. Keadaan itu juga menyebabkan beberapa masalah seperti 'smombie' iaitu singkatakan daripada 'smartphone zombie'.

Perkataan itu digunakan bagi mereka yang mirip 'zombie' ketika melekat dengan telefon tanpa mempedulikan orang di sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 8 perkara pelik yang anda hanya akan temui di Korea Selatan!

Bagaimanapun, paling kerap ditemui adalah nomophobia atau fobia tidak dapat memegang telefon. Ia kedengaran seperti tidak mempunyai kesan tetapi sebenarnya mampu merosakkan kualiti hidup dan kesihatan seseorang.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sleep tahun ini menemukan bahawa 90 peratus daripada 327 mahasiswa dikategorikan memiliki masalah nomofobia.



Smombie... Melekat pada telefon tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Dalam kajian tersebut, responden yang menyertai kajian itu mengakui akan menyemak e-mel, mesej, laman sosial sejurus selepas memadamkan lampu untuk tidur.

Kajian yang dilakukan oleh profesor psikologi di Kolej Hendrix Arkansas, Amerika Syarikat, Dr. Jennifer Peszka turut memberitahu kebanyakan daripada mereka turut mengakui berasa bimbang akan ketinggalan sesuatu sekiranya tidak bermain telefon sebelum tidur.

"Jika anda tidak boleh tidur tanpa membelek telefon dan media sosial sepanjang malam untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang mesej atau berita, ia mungkin petanda anda menghidap nomofobia," ujarnya.

Tidak terhenti disitu, Jennifer memberitahu rasa cemas akibat kehabisan bateri telefon atau tidak mendapat signal dan wifi juga petanda umum penderita nomofobia.



Antara gejala nomofobia apabila seseorang bimbang ketinggalan sebarang berita atau mesej sehingga membuatkan mereka tidak boleh tidur.

Jadi bagaimana caranya untuk membantu diri sendiri?

Jennifer memberitahu membantu seseorang untuk pulih daripada nomofobia tidak mudah kerana ia mampu memicu tekanan dan keresahan.

"Penelitian kami mendapati meminta seseorang untuk menjauhkan diri daripada telefon sudah cukup menimbulkan rasa cemas sehingga tidur mereka terganggu," katanya.

Jennifer bagaimanapun menyarankan strategi perilaku kognitif yang dapat memisahkan individu dengan telefon mereka pada waktu malam.

"Jika anda tidak dapat jauhkan diri daripada telefon ketika waktu tidur, gunakan tetapan yang membataskan penggunaan misalnya aktifkan fungsi 'do not disturb'.

"Matikan notifikasi selain sekat panggilan selain tetapkan program untuk nombor kecemasan agar anda tidak diganggu dengan perkara tidak penting," katanya.

Sekiranya ia mula mengganggu kehidupan seharian seperti terbangun pada waktu malam untuk semak telefon, berasa mengantuk di siang hari, selain orang sekeliling mula mengeluh dengan sikap anda, Jennifer menyarankan untuk mendapatkan bantuan pakar psikologi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain