suria

Bantal replika nuget cecah RM1,600... anda berminat?

Bantal nuget kolaborasi Mcdonalds dan Travis Scott menjadi perhatian dunia.

PENGGEMAR Chicken McNugget di restoran segera McDonalds Amerika Syarikat bukan sahaja dapat menikmati keenakan menu itu tetapi juga boleh memeluknya.

Penyanyi rap Travis Scott dan McDonalds berkolaborasi mengeluarkan rangkaian fesyen inspirasi daripada rapper itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nomophobia, ketakutan tak dapat pegang telefon... Apa tanda-tandanya?

Salah satu koleksi yang dilancarkan adalah bantal replika nuget berukuran 90 sentimeter yang mirip dengan makanan sampingan restoran popular itu.

Ia dijual dengan harga AS$90 (RM360) dan ia segera mengundang perhatian peminat dan penggemar makanan itu yang rata-rata menyifatkan harganya tidak masuk akal.

"Unik tapi entah siapa yang rela membayar 90 dolar untuk sebuah bantal," tulis netizen.



Ada peniaga online yang mengambil kesempatan menjual bantal tersebut dengan harga mencecah RM1,600!

Pun begitu, penggemar bantal itu di luar negara menunjukkan minat terhadap keunikan bantal itu dan berharap ia turut dijual di negara lain.

Memandangkan ia hanya dijual secara eksklusif di Amerika, pembeli terpaksa membayar kos tambahan termasuk penghantaran selain cukai.

"Saya perlu bayar AS$120 (RM480) kerana perlu menampung kos penghantaran memandangkan ia tidak dijual di China," komen salah seorang netizen.

Lebih malang lagi, ada yang mengambil kesempatan menjualnya di platform seperti eBay dengan harga mencecah AS$400 (RM1,600).

Anda berminat?

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain