suria

Tak perlu simpan dalam peti sejuk, 5 bahan cecair ini tak rosak berada pada suhu bilik

Ada bahan cecair dan minuman yang tak perlu diletak di dalam peti sejuk.

PETI sejuk adalah tempat penyimpanan bahan makanan dan minuman bagi mengelakkan ia cepat rosak.

Tetapi sebenarnya tidak semua benda termasuk cecair perlu disimpan dalam peti ais, malah selamat sekiranya disimpan dalam suhu bilik.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup seminggu... ini yang berlaku pada tuala yang tidak dicuci!

Berikut adalah beberapa bahan cecair yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk;

1. Madu

Madu adalah cecair semula jadi dengan rasa manis serta mengandungi zat gula yang dihasilkan oleh lebah. Memandangkan kandungan gulanya yang tinggi dan mempunyai pengawet semula jadi, ia tidak perlu disimpan di dalam peti ais.

Menyimpan madu di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia mengeras dan menghilangkan zatnya.

2. Sos

Kebiasaannya kita akan menyimpan sos cili dan tomato yang sudah dibuka dalam peti ais kerana bimbang ia cepat rosak.

Sebaik-baiknya keluarkan kerana biasanya sos mempunyai campuran cuka yang akan mencegah pertumbuhan bakteria dan tidak membuatkan ia rosak.

3. Minyak zaitun

Minyak zaitun atau jenis minyak goreng yang lain tidak boleh disimpan di dalam peti ais kerana suhu yang sejuk akan memadatkannya dan mengubahnya menjadi mentega.

Lebih baik simpan minyak dalam suhu bilik bagi mengelakkannya daripada membeku.

4. Sos salad

Kebanyakan sos salad adalah berasaskan minyak atau cuka dan ia selamat jika disimpan dalam ruangan biasa. Menyimpannya di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia mengeras.

5. Gula cair

Jika anda menghasilkan air gula, tidak perlu menyimpannya di dalam peti sejuk kerana ia akan mengeras seperti ais batu meskipun tidak disimpan dalam bahagian sejuk beku.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain