suria

Cukup seminggu... ini yang berlaku pada tuala yang tidak dicuci!

Tuala perlu dicuci seminggu sekali bagi mengelakkan bakteria melekat padanya.

TUALA mandi adalah antara benda yang kita gunakan setiap hari dan sedar atau tidak, ia adalah tempat paling digemari oleh bakteria dan kuman.

Oleh sebab itu, tuala mandi perlu dicuci secara rutin dan sebaik-baiknya seminggu sekali atau menggantikan tuala dengan yang baharu lebih kerap.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 5 tanda aircond anda berada di ‘hujung hayat’, perlu diganti baharu

Apa kesannya jika tuala tidak dicuci seminggu sekali?

1. 'Pesta' bakteria

Biasanya kita akan berfikir tuala tidak akan menjadi kotor kerana kita mengelap badan yang selepas mandi - namun ia tidak semudah itu.

Ini kerana tuala yang lembap akan menyebabkan bakteria dan kuman suka menempel padanya dan jumlah akan bertambah jika semakin lama ia digunakan tanpa dicuci.

Bakteria gemar akan tempat yang gelap dan lembap sehingga ia mudah membiak.

2. Masalah kulit dan jerawat

Kesan lain penggunaan tuala yang tidak dicuci adalah jangkitan dan masalah jerawat. Apabila tuala yang kotor digosok pada kulit badan dan muka, ia boleh meninggalkan bakteria pada kulit.

Bakteria boleh menyelusup masuk pada kulit terus ke dalam tubuh dan memberi kesan kepada kulit wajah dan badan.

Atas sebab itu, bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, golongan ini sangat disarankan untuk menggunakan tuala baharu setiap hari bagi mengurangkan kerengsaan pada kulit bermasalah.

Cara mencuci tuala

Meskipun kita disarankan untuk mencuci tuala mandi seminggu sekali namun pakar berpendapat, mencucinya setiap dua hari adalah yang terbaik.

Mencuci tuala dengan lebih kerap tidak akan memberi ruang kepada bakteria untuk terus berkembang.

Penggunaan air panas untuk merendam tuala dengan bahan pencuci juga sangat disarankan bagi mematikan kuman yang melekat pada tuala selain menjemur sehingga ia betul-betul kering.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain