suria

Nampak bendasing, mujur tak terus goreng dan makan! Ini penjelasan di sebalik tompok putih di badan ikan

Tompok putih pada isi ikan seperti mana dikongsikan oleh Amir.

SEORANG individu menimbulkan persoalan mengenai kewujudan bendasing pada ikan keli atau limbat, sama ada ia keadaan biasa atau parasit. 

Menerusi foto dikongsikan dalam grup Penternak Ikan Air Tawar di Facebook oleh Amir Hassan, kelihatan banyak tompok putih pada selaput bahagian dalam badan ikan tersebut yang dipercayai diternak olehnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai respons daripada ahli kumpulan, termasuk penjelasan terperinci daripada seorang individu mengenai punca berlakunya tompokan berkenaan.

Menurut individu tersebut, tompokan putih pada isi ikan itu berkemungkinan besar merupakan larva cacing trematoda, seperti Clinostomum yang dikaitkan dengan penyakit Yellow Grub atau jangkitan Myxosporea seperti Myxobolus

Parasit ini lazimnya berada di dalam tisu isi ikan pada peringkat larva dan akan melengkapkan kitaran hidupnya apabila dimakan oleh burung, haiwan lain mahupun manusia.

Berhubung persoalan sama ada ikan tersebut selamat dimakan, secara teknikalnya parasit dapat dimatikan melalui kaedah memasak pada suhu yang sangat tinggi dan dalam tempoh mencukupi. 

Namun, individu berkenaan menasihatkan agar ikan tersebut tidak dimakan.

Dari sudut kesihatan, ikan yang mengalami infestasi parasit tinggi berisiko menyebabkan reaksi alahan atau ketidakselesaan usus kepada sesetengah individu.

Manakala parasit yang tidak dimasak sempurna boleh menjangkiti manusia. 

Dari aspek kualiti, isi ikan yang telah dijangkiti lazimnya lembik dan kurang enak kerana struktur tisu yang rosak. 

Selain itu, kehadiran parasit dalam jumlah banyak turut memberi gambaran bahawa ikan tersebut hidup dalam persekitaran air yang kotor atau tercemar.

Susulan penjelasan dibuat, Amir berasa lega apabila menganggap dirinya bernasib baik kerana belum menggoreng ikan berkenaan yang berkemungkina dijangkiti parasit.

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia