suria

Wanita kongsi cara bancuh air halba, dakwa bacaan kolesterol menurun lepas 6 bulan minum

Seorang wanita berkongsi petua bagaimana dia menurunkan paras kolesterol.

RAMAI kini mula sedar bahawa tahap kolesterol yang tinggi boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Ruang Teduh kerap berkongsi panduan berkaitan gaya hidup sihat dan salah satu perkongsiannya adalah penggunaan halba sebagai usaha menurunkan paras kolesterol.

Menurut perkongsian wanita ini, halba dikatakan memiliki komponen saintifik yang membantu mengawal kolesterol, antaranya:

1. Serat larut yang berfungsi 'mengikat' kolesterol dalam usus.

2. Saponin yang dipercayai dapat membantu mengurangkan penyerapan lemak. 

Selain itu, halba turut dikaitkan dengan kestabilan gula dalam darah dan sokongan kepada metabolisma tubuh.

Dia menjelaskan, penurunan kadar kolesterol tidak berlaku secara drastik tetapi menunjukkan perubahan perlahan jika diamalkan secara konsisten. 

Malah, beberapa individu mendakwa mendapat tindak balas positif selepas mencuba cara yang dikongsi iaitu mencampurkan air suam, halia, cuka epal dan halba sebagai alternatif penjagaan kesihatan.

Dia turut berkongsi pengalaman peribadi melakukan rutin tersebut selama enam bulan dan mendakwa bacaan kolesterol menurun secara beransur-ansur dengan disiplin serta pemakanan seimbang.

Bagaimanapun, individu tersebut mengingatkan agar bacaan kolesterol diperiksa setiap tiga bulan sekali untuk pemantauan. 

Jika paras kolesterol terlalu tinggi, penggunaan ubat tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan.

Seperti yang ditunjukkan dalam video [Tonton video], semua bahan direndam bersama dalam bekas berisi air untuk diminum dalam tempoh satu hari. 

Namun, disarankan agar permulaan amalan ini dilakukan secara berperingkat sebanyak sekali seminggu sebelum meneruskannya secara lebih kerap mengikut kesesuaian tubuh.

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia