suria

Mangsa banjir berdepan risiko hidap 5 penyakit termasuk kencing tikus... Ketahui cara jangkitan, gejala awal

Kanak-kanak di kampung melihat bencana banjir seperti pesta air. -Gambar hiasan AI

BENCANA banjir bukan sahaja merosakkan harta benda, malah mengundang risiko penyakit kepada mangsa.

Menurut laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), terdapat lima penyakit yang boleh berlaku ketika musim tengkujuh.

1. Leptospirosis

Merupakan satu jangkitan yang boleh tersebar terus dari air yang tercemar. 

Leptospirosis berlaku disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat dalam air kencing haiwan seperti tikus, lembu dan kerbau. 

Jangkitan berlaku melalui luka yang terbuka atau melalui kulit yang berada di dalam air banjir dalam tempoh yang panjang atau membran mukus mata dan mulut.

Simptom penyakit ini adalah sejuk berserta sakit kepala, demam, sakit otot, jangkitan mata (merah dan berair). 

Jika penyakit ini tidak dapat dikesan tepat pada masanya, pesakit mungkin akan koma.

Sebagai peringatan, elakkan terlalu banyak berjalan dalam air banjir. 

Jika mahu mengharungi banjir, pakai kasut getah setiap kali anda perlu berjalan di dalam air. 

Berenang di dalam banjir adalah dilarang sama sekali.

A sudden downpour at KL causing the flood near Jalan Petaling around 6pm. 06 October 2023 —CHAN TAK KONG/The Star

Berkaki ayam mengharungi banjir boleh mengundang risiko kecederaan akibat terpijak objek tajam. -Gambar hiasan

2. Demam kepialu

Deman kepialu berlaku disebabkan bakteria Salmonella Typhi yang terdapat dalam minuman atau makanan tercemar. 

Simptom penyakit ini adalah sakit kepala, hilang selera makan, demam suhu tinggi dan cirit-birit. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan makanan jalanan dan dari sumber yang tidak bersih.

3. Kolera

Kolera berpunca daripada bakteria dikenali sebagai Vibrio Cholera yang tersebar di dalam minuman dan makanan.

Lalat adalah pembawa penyakit ini dan simptom yang dialami adalah sakit pinggul dan muntah. 

Selain makan makanan yang bersih dan dimasak, orang ramai perlu mencuci tangan dan bekas makanan sebaiknya.

4. Hepatitis A

Penyakit ini berpunca daripada makanan yang tidak bersih atau tidak dimasak. 

Simptom biasa yang dialami oleh pesakit adalah demam ringan, hilang selera makan, sakit perut dan mata kuning. 

Jadi, bagi mengelakkan penyakit ini semasa banjir, makanlah makanan yang bersih dan dimasak serta jangan berkongsi gelas minuman yang sama dengan orang lain.

5. Demam denggi

Penyakit biasa pada musim hujan akibat nyamuk. Beberapa simptom penyakit ini adalah hilang selera makan, muntah, sakit otot, kulit kemerahan dan bintik-bintik darah pada kulit. 

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia