suria

Wanita meninggal di klinik akibat serangan jantung atypical... Suami sangka muntah teruk sebab salah makan, abai tanda awal

Gejala lesu dan kebas yang dialami golongan wanita mungkin petanda serangan jantung atypical. -Gambar hiasan

SERANGAN jantung sering dikaitkan dengan rasa sakit pada bahagian dada.

Namun situasi berbeza dialami seorang wanita yang disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah klinik kerana muntah yang teruk dan lesu.

Kisah itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Salam Alliance Sdn Bhd, Dr Azfar Hussin sebagai pengajaran untuk masyarakat berhubung serangan jantung dalam kalangan wanita.

Beliau yang turut berkhidmat di Klinik As-Salam berkata, pada awalnya pesakit dilaporkan mengalami gejala muntah sejak petang.

"Suami pesakit beranggapan isterinya alami masalah keracunan makanan dan minta diberikan 'drip', suami tolak buat pemeriksaan tekanan darah sebab takut dicaj lebih.

"Sampai bilik rawatan, saya pasang wayar ECG (elektrokardiogram) dan sediakan AED (Automated External Defibrillator) kerana hati rasa tak sedap sambil buat pemeriksaan fizikal dan tanya soalan.

"Suami naik suara cakap orang sakit awak tanya macam-macam, tadi dah cakap kat kaunter nak drip sebab letih muntah-muntah, upsale semua ni," ujarnya yang mendengar sahaja kata-kata si suami sambil melihat keputusan ECG.

Berdasarkan laporan yang diperoleh, keadaan jantung pesakit dilihat sudah mula merosot termasuk mengalami serangan jantung.

Susulan itu, Dr Azfar memaklumkan situasi kecemasan pesakit kepada suaminya. 

Serangan jantung sering dikaitkan dengan rasa sakit pada dada.

Serangan jantung sering dikaitkan dengan rasa sakit pada dada. 

Namun malangnya, selepas beberapa minit, pesakit diserang sawan sehingga denyutan nadi hilang.

"CPR (resusitasi kardiopulmonari) dimulakan oleh seorang lagi doktor manakala saya maklumkan pada suami pesakit.

"Lebih 20 minit berusaha, pesakit disahkan meninggal dunia... suaminya terduduk di kerusi di depan kaunter.

"Anak sulung sampai dan nyatakan yang ayahnya tidak tahu bahawa isterinya (ibu) sakit sejak dua minggu lalu.

"Menurut anaknya, pesakit selalu mengalami kebas tangan, pening, sakit perut yang 'on' 'off' dan sentiasa mengah walaupun baru berjalan," kongsinya.

Malah kata Dr Azfar, anak pesakit beranggapan simptom yang dialami ibu mereka berpunca daripada masalah angin dalam badan.

Namun dalam masa sama mereka ada terdetik rasa hairan kerana sakit yang dialami ada kalanya sampai ke bahu kiri termasuk kebas pada tangan.

Lebih menyedihkan, pesakit hanya diberikan ubat yang dibeli di farmasi tanpa melalui pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.

"Sebelum ini doktor di As-Salam sudah memaklumkan bahawa pesakit mempunyai kencing manis dan darah tinggi semasa melakukan pemeriksaan di masjid.

"Tapi tiada dalam kalangan ahli keluarga pesakit yang membuat follow-up kesihatan," tambahnya.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting bagi setiap individu. -Gambar hiasan

Pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting bagi setiap individu. -Gambar hiasan

Bagi mengelakkan masalah kesihatan sama berlaku pada masyarakat khususnya golongan wanita, Dr Azfar berkongsi simptom serangan jantung atypical.

1. Muntah dan loya berpanjangan

Boleh disangka gastrik atau keracunan makanan.

Namun sebenarnya 'ischemia' iaitu keadaan yang dicirikan sebagai aliran darah yang tidak mencukupi dalam arteri koronari, sedang berlaku di bahagian bawah jantung (inferior wall ischemia).

2. Pening kepala atau rasa hendak pitam

Gejala ini merupakan tanda sistem kardiovaskular sedang gagal mengepam darah secukupnya ke otak.

Situasi lebih ketara apabila seseorang itu berdiri atau berjalan.

3. Sakit perut bahagian atas (epigastric discomfort)

Disangka pedih ulu hati, angin, atau 'masuk angin'.

Namun sebenarnya ‘referred pain’ dari jantung terutama apabila melibatkan arteri koronari sebelah kanan.

4. Kebas tangan khasnya sebelah kiri atau kedua-duanya

Ini bukan ‘tersalah tidur’. 

Ia boleh jadi amaran awal dari sistem saraf bahawa jantung dalam keadaan tekanan (ischemic neuropathy).

Artikel Lain