suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergantung pada gambir ketika bersama isteri, saraf alat sulit lelaki 34 tahun akhirnya rosak - “Rasa pun makin hilang”

Masalah alat sulit boleh menjejaskan hubungan intim suami isteri. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 34 tahun berdepan masalah mati pucuk tahap tiga selepas bertahun-tahun menggunakan gambir untuk tahan lama ketika bersama isteri.

Doktor kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan Awang atau Dr Samhan, berkata pada awalnya lelaki itu hanya menggunakan gambir secara sekali-sekala.

Namun, lama-kelamaan alat sulitnya bergantung sepenuhnya kepada bahan tersebut.

"Sampai tahap kalau tak ada gambir, langsung tak boleh bersama isteri.

"Tanpa dia sedar, saraf di hujung zakar dah rosak. Rasa pun makin hilang," kongsi Dr Samhan di Threads.

Situasi itu menyebabkan hubungan suami isteri mula renggang dan lelaki itu berasa takut untuk bersama kerana khuatir mengecewakan pasangannya.

Lelaki tidak perlu malu bagi mendapatkan rawatan berkaitan alat sulit. -Gambar hiasanLelaki tidak perlu malu bagi mendapatkan rawatan berkaitan alat sulit. -Gambar hiasan

Menurut Dr Samhan, lelaki itu kemudiannya mendapatkan rawatan di kliniknya.

"Selepas enam sesi rawatan, pesakit memaklumkan sudah boleh bersama isteri tanpa bergantung pada gambir, malah sensitiviti kembali seperti biasa," katanya.

Dr Samhan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk terlarang yang boleh merosakkan fungsi alat sulit.

“Awal-awal mungkin rasa ‘power’, tapi akhirnya boleh hilang kuasa selamanya. 

"Jika ada tanda-tanda, segera dapatkan rawatan di tempat yang betul,” katanya.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia