suria

[V] Mandikan anak, basuh baju bukan ‘content’ semata-mata... Remy Ishak ingatkan golongan suami tanggungjawab bantu isteri

Remy ambil alih tugas menguruskan anak, Tuah Alam apabila berada di rumah.

PELAKON Datuk Remy Ishak, menganggap membantu isteri menguruskan rumah dan menjaga anak bukanlah perkara luar biasa, sebaliknya asas kepada tanggungjawab seorang bapa dan suami.

Mengulas video tular menunjukkan dia melakukan kerja rumah sehingga ramai netizen menggelarnya green flag, Remy berkata apa yang dirakam hanyalah sebahagian daripada rutin harian.

Remy mengakui, isterinya, Ezza Yusof lebih banyak menguruskan anak, Tuah Alam memandangkan jadual kerjanya padat.

Namun apabila tibanya hari cuti dia akan mengambil alih tugas tersebut supaya isterinya dapat berehat atau melakukan urusan lain.

"Saya pelik kenapa benda macam ini jadi viral. Ini tugas biasa seorang suami. Tak ada orang buat ke?

"Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang begini, ayah saya pun sama,” katanya ketika ditemui mStar.

Remy berkata, dia tidak berniat untuk mencipta kandungan semata-mata, sebaliknya hanya menjalani kehidupan seperti biasa.

“Kalau orang melihatnya secara positif, itu bagus. Sebagai selebriti, kita memang kena kembangkan benda-benda positif dan memberi vibe yang baik. 

"Tapi kalau orang fikir itu cuma video viral untuk content, itu bukan saya [Tonton Video],” jelasnya.

Selain menjaga anak, Remy turut menguruskan rumah ketika tidak sibuk dengan kerjaya seninya.Selain menjaga anak, Remy turut menguruskan rumah ketika tidak sibuk dengan kerjaya seninya.

Remy turut berkongsi tip dan peranannya sebagai seorang bapa serta suami di rumah atau ketika bukan hari bekerja.

1. Anggap pengurusan rumah sebagai tanggungjawab bersama

- Membantu isteri bukanlah extra effort tetapi sebahagian daripada tanggungjawab suami.

- Tidak melihat kerja rumah sebagai tugas wanita semata-mata.

2. Terlibat secara aktif (Hands-on) dalam urusan harian

- Mengambil alih tugas rumah apabila isteri keluar bersama anak.

- Melibatkan diri dalam penjagaan anak dan pengurusan rumah tanpa diminta.

3. Jadikan kerjasama itu rutin, bukan sekadar content di media sosial

- Membantu di rumah kerana itu sebahagian daripada kehidupan, bukan semata-mata untuk kandungan media sosial.

- Konsisten melakukan perkara yang sama walaupun tiada kamera atau penonton.

4. Warisi nilai baik daripada didikan keluarga

- Remy membesar dengan contoh bapa yang turut sama menguruskan keluarga.

- Mewariskan nilai itu kepada generasi seterusnya.

5. Manfaatkan pengaruh positif sebagai public figure atau ibu bapa

- Menjadikan rutin positif sebagai inspirasi kepada orang lain.

- Menyebarkan contoh yang sihat tentang peranan bapa dalam keluarga.

6. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga

- Apabila cuti atau tidak bekerja, gunakan masa untuk bersama anak dan pasangan.

- Bukan sekadar 'ada di rumah', tetapi terlibat dalam aktiviti bersama.

Artikel Lain