suria

Ayam gepuk telur lalat... Peniaga kata mungkin juga silap pelanggan! Ketahui risiko jika termakan

Gejala seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut boleh berlaku kepada individu termakan telur lalat. -Gambar hiasan (kiri)

SEORANG pelanggan hilang selera makan selepas mendakwa menemui telur lalat pada ayam gepuk yang dibelinya secara dalam talian, dipercayai dari sebuah kedai makan popular di Selayang, Selangor.

Wanita tersebut turut berkongsi gambar makanan itu di Thread, yang menunjukkan bahagian hati ayam seolah-olah dipenuhi tompokan putih dipercayai telur lalat.

Menurut pelanggan itu, dia membuat pesanan melalui aplikasi p-hailing dan pihak kedai telah menerima notifikasi aduan daripada pihak penyedia perkhidmatan penghantaran.

"Baru nak suap, nampak haaa selonggok telur lalat. Ayam gepuk, kau memang gampang!" kongsinya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada antara mereka menghantar gambar makanan itu kepada kedai berkenaan.

Tompokan putih dipercayai telur lalat kelihatan sangat jelas. -Foto Threads Tompokan putih dipercayai telur lalat kelihatan sangat jelas. -Foto Thread 

Walaupun pemilik kedai memohon maaf, tetapi dia turut meletakkan kesalahan tersebut kepada pembeli.

"Beli melalui dalam talian ke? Maaf, kami akan ambil tindakan segera.

"Semua kedai kami dilengkapi dengan mesin penghalau lalat. Setiap bulan juga kami menjalankan kawalan perosak.

"Saya bimbang masalah ini berlaku dari pihak penghantaran anda. Makanan diambil lewat di luar rumah, itu pun mungkin jadi punca," kata pemilik kedai.

Risiko kesihatan

Individu yang tertelan telur lalat berisiko menghadapi intestinal myiasis iaitu jangkitan akibat larva lalat yang hidup dalam saluran pencernaan. 

Walaupun kes seperti ini jarang berlaku, ia boleh menyebabkan gejala seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut.

Jawapan balas pemilik kedai makan selepas ditanya mengenai telur lalat dalam makanan yang dijualnnya. -Foto ThreadsJawapan balas pemilik kedai makan selepas ditanya mengenai telur lalat dalam makanan yang dijualnya. -Foto Thread

Telur lalat dalam makanan bukan sahaja menjijikkan, tetapi juga boleh mendatangkan risiko kesihatan serius.

Lalat boleh menyebarkan patogen melalui tubuh dan kakinya, serta meninggalkan najis dan telur di atas makanan.

Lebih membimbangkan, telur atau larva lalat berpotensi membawa bakteria berbahaya seperti Salmonella Enteritidis dan Escherichia coli (E. coli), yang boleh mencetuskan keracunan makanan serius.

Orang ramai disarankan untuk lebih berhati-hati ketika membeli makanan, terutama dari gerai terbuka atau menerusi penghantaran. 

Beberapa langkah penting termasuk memastikan makanan tertutup rapat sebelum dihantar; basuh tangan sebelum makan dan elakkan makan makanan yang kelihatan meragukan atau telah lama terdedah.

Jika mengalami simptom seperti loya, muntah atau cirit-birit selepas makan, segera dapatkan rawatan. 

 

Artikel Lain