suria

Rambang mata tengok air sejuk aneka perisa di bazar, awas ada kesan buruk minum ais ketika berbuka!

Pengambilan ais ketika berbuka puasa boleh memberi kesan terhadap kesihatan. -Gambar hiasan

AIS atau minuman sejuk sering menjadi pilihan selepas seharian kita menahan dahaga pada bulan puasa.

Jika berkunjung ke bazar Ramadan, anda pastinya akan rambang mata melihat seleksi minuman sejuk yang ditawarkan.

Antara yang popular sepanjang Ramadan adalah air katira, air tebu serta air balang pelbagai perisa yang biasanya dihidangkan bersama ais.

Namun, adakah pengambilan ais ketika berbuka puasa baik untuk kesihatan?

Sebenarnya pengambilan ais ketika berbuka puasa tidak digalakkan kerana ia boleh mendatangkan beberapa masalah kesihatan.

Memetik Healthshoots, pengambilan ais boleh menyebabkan gangguan pencernaan.

Minum air sejuk atau ais boleh menyebabkan saluran darah mengecut, seterusnya menghalang proses penghadaman.

Proses penghadaman yang tidak lancar boleh menyebabkan penyerapan nutrien terbantut.

ais2

Aneka minuman yang menjadi 'kegilaan' sepanjang bulan Ramadan. -Gambar hiasan

Minum air sejuk atau ais ketika perut kosong juga mencetuskan pengecutan perut.

Pengambilan air sejuk dan pelbagai jenis ais ketika berbuka turut berpotensi meningkatkan pengeluaran lendir.

Ini boleh mengurangkan fungsi imun badan, menjadikan anda terdedah kepada penyakit.

Namun, terdapat penemuan yang mengatakan ais dan air sejuk selamat untuk dinikmati ketika berbuka puasa.

American College of Sports Medicine (ACSM) pula menyatakan minuman sejuk menggantikan cecair badan yang hilang dengan lebih cepat selepas berpuasa selama sehari.

Walau bagaimanapun, perlu diingat cecair yang paling sesuai untuk berbuka puasa adalah air suam atau suhu bilik.

Jadi, jika anda ingin terus mengambil ais selepas berbuka, sebaiknya lakukan selepas minum air dan makan makanan yang banyak.

Pastikan juga ais yang diambil tidak mengandungi gula atau pemanis yang berlebihan kerana ia memberi kesan buruk kepada paras gula dalam darah.

Lebih-lebih lagi jika ketika berbuka puasa anda turut mengambil makanan ringan berupa pastri atau makanan manis yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain