suria

Ingatkan dah cuci bersih, rupanya banyak sisa terperangkap celah senduk kayu... Cuba buat cara ini, keluar semua kotoran!

Cuka dan garam merupakan 'ramuan' utama dalam kaedah cucian ini.

PENGGUNAAN sudip atau senduk yang diperbuat daripada kayu sememangnya boleh melindungi periuk anda daripada kesan calar.

Namun jika tidak dibersihkan dengan teliti, kesan-kesan daripada masakan akan melekat pada sudip dan senduk kayu anda.

Bagi yang tercari-cari kaedah untuk membersihkan peralatan dapur berasaskan kayu, anda boleh mencuba tip yang dikongsi ini.

Tip mudah yang hanya menggunakan cuka dan garam ini dikongsi oleh seorang pelayar TikTok The Bigger Chef.

Cara-cara:

1. Didihkan air di dalam periuk

2. Masukkan cuka ke dalam periuk dengan air yang mendidih

3. Masukkan garam secukupnya

4. Rendam peralatan dapur yang berasaskan kayu

5. Matikan api

6. Rendamkan ia selama beberapa minit

Selepas melakukan proses ini, anda boleh melihat kesan minyak dan kotoran yang timbul di permukaan air.

Selepas itu, bolehlah bilas sudip dan senduk kayu anda menggunakan air bersih dan lap dengan kain sehingga kering.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain