suria

12 jam tahan lapar, merokok selepas berbuka beri kejutan ‘maha dahsyat’ kepada tubuh

Merokok selepas berbuka boleh mengganggu saliran oksigen di dalam salur darah. -Gambar hiasan

GOLONGAN perokok berdepan pelbagai risiko kesihatan sekiranya mereka meneruskan amalan buruk itu sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Public Health Malaysia, merokok sebaik sahaja berbuka puasa menyebabkan satu kejutan yang ‘maha dahsyat’ kepada tubuh.

Jelas Public Health, tubuh manusia memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga selepas 12 jam menahan lapar ketika berpuasa.

Kesan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh individu selepas berpuasa menyebabkan saluran darah mengecut dan menganggu saliran oksigen di dalam salur darah.

Asap rokok juga menyebabkan darah menjadi lebih pekat, meningkatkan tekanan darah dan mengganggu degupan jantung.

Public smoking in public area on June 11 for story on the GEG Bill  to be tabled in Dewan Rakyat.—AZMAN GHANI/The Star

Merokok atau menghisap vape adalah haram bagi umat Islam. -Gambar hiasan

Situasi ini menyebabkan risiko serangan jantung dan strok meningkat berkali ganda!

Antara lain, merokok selepas berbuka boleh menyebkan risiko serangan jantung dan strok.

Berpuasa telah terbukti mampu memberi pelbagai kesan positif kepada fisiologi dan metabolisma tubuh.

Jadi, usahlah kita mempersiakan usaha berpuasa sehari dengan mengambil sesuatu yang boleh menjahanamkan tubuh.

Sebagai peringatan, perbuatan merokok adalah haram di dalam Islam.

Majlis Fatwa Kebangsaan dengan jelas menyatakan yang merokok dan juga menghisap vape adalah haram bagi umat Islam.

Justeru, amat penting bagi orang yang berpuasa memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang agama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain