suria

Pressure cooker meletup, ramai dah jadi mangsa! Risiko boleh dielak dengan 5 tip ini

Penggunaan periuk tekanan boleh menjimatkan masa untuk memasak. -Gambar hiasan

TEMPOH untuk memasak juadah seperti rendang daging dan sup tulang dapat dipendekkan dengan penggunaan periuk tekanan atau pressure cooker.

Penggunaan periuk itu juga sememangnya sangat membantu golongan wanita yang mahu menjimatkan masa, khusunya sewaktu menyediakan juadah berbuka.

Sebelum ini, mStar pernah melaporkan beberapa kes periuk tekanan yang meletup, menyebabkan mangsa-mangsanya mengalami kecederaan lecur teruk.

Sebagai langkah pencegahan, berikut kami kongsikan beberapa tip keselamatan dalam penggunaan periuk tekanan.

1. Periksa peralatan

Sentiasa periksa gasket getah (gelang getah yang melapik penutup periuk) untuk memastikan ia tidak kering atau retak.

file7por092y4aggpwcr706

Elak risiko kemalangan ketika menyediakan juadah di rumah. -Gambar hiasan

Sesetengah pengeluar mengesyorkan penggantian gasket setiap tahun, bergantung pada kekerapan anda menggunakan periuk tekanan.

2. Elak kuantiti berlebihan

Untuk kebanyakan makanan, jangan isi periuk tekanan lebih dari dua pertiga penuh, bagi mengelakkan kemungkinan makanan menghalang lubang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buang, jangan sesiapa guna lagi!” - Larangan tegas ayah selepas tragedi sup tulang, 15 minit sebelum berbuka

ARTIKEL BERKAITAN: Pressure cooker tiba-tiba meletup, seperiuk sup ‘simbah’ badan! Wanita menggigil sejuk, 3 kali mandi sebelum dibedah

Berhati-hati juga ketika memasak kekacang dan bijirin yang cenderung 'membengkak' semasa dimasak.

3. Hati-hati dengan makanan berbuih

Buih boleh menyekat injap stim dan bolong pelepas tekanan.

Makanan seperti pasta, kacang pis dan oatmeal biasanya akan menghasilkan buih ketika dimasak.

Kuali shoot 2 episodes of Retro Recipe. —LOW LAY PHON/The Star

Patuhi amaran keselamatan ketika menggunakan peralatan elektrik di dapur. -Gambar hiasan

Jika anda mahu memasak makanan ini, ikut resipi yang dipercayai dan pastikan kuantiti dalam periuk berada di bawah garisan isian maksimum yang disyorkan.

4. Lepaskan tekanan dengan selamat

Pastikan anda melindungi tangan semasa melepaskan wap.

Pastikan muka, tangan dan badan berada jauh dari bolong wap.

Apabila membuka periuk selepas wap dilepaskan, wap panas masih akan keluar. Jadi semasa membuka periuk, hati-hati kerana wap panas boleh menitis ke atas anda.

5. Cuci dengan betul

Keluarkan gasket dan basuh secara berasingan bersama dengan penutup dan periuk.

Bersihkan injap dengan pencungkil gigi kayu, pastikan ia bergerak bebas dan tidak tersekat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain