suria

Rupanya ada cara nak minum 8 gelas air sehari dalam bulan puasa... Ikut cara ini elak perut kembung

Minum air secukupnya bagi mengelakkan kesan buruk terhadap kesihatan diri. -Gambar hiasan

SEWAKTU berpuasa, ramai kurang peka dengan pengambilan cecair yang mencukupi untuk badan.

Ini kerana mereka cenderung membeli minuman pelbagai perisa yang tinggi dengan kadar gula untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa.

Selepas kekenyangan, kita akan terus berehat atau meneruskan aktiviti lain sehingga terlupa untuk mendapatkan air secukupnya untuk badan.

Menurut Ketua Persatuan Nefrologi Indonesia, Dr Pringgodigdo Nugroho, anda disarankan untuk mengambil air secukupnya demi menjaga buah pinggang.

"Mengenai air, digalakkan mengambil air yang mencukupi. Jadi ia disesuaikan mengikut umur dan aktiviti. Jadi, secara umumnya, selama 24 jam perlu ada air yang mencukupi.

Muhd Adam Syahmi 14 and Muhd Noah Haqium 10 take water in the water filter for daily drinking. The Klang Valley area is expected to recover from the lack of water until this Wednesday. - Sept 07,2020 - SHAARI CHEMAT/The Star

Doktor menyarankan agar kita minum lapan gelas air sehari. -Gambar hiasan

“Disebabkan buah pinggang juga bekerja 24 jam sehari, jadi keperluan air selama tempoh itu mesti dipenuhi dengan baik,” ujarnya menerusi laporan Detik.

Jadi bagaimana anda mahu memenuhi keperluan air semasa berpuasa?

Menurut Dr Pringgodigdo, anda mesti mempunyai air yang mencukupi, namun ia tidak perlu dilakukan dengan tergesa-gesa.

"Anda tidak perlu terkejar-kejar, contohnya ketika berbuka puasa atau bersahur. Jadi selagi kita tidak tidur, pada masa itu kita harus memenuhi keperluan cecair kita.

"Bagi orang dewasa yang sihat, digalakkan minum 2-2.5 liter sehingga maksimum 3 liter air. Ini boleh dilakukan daripada selepas waktu berbuka sehingga ke Subuh," jelasnya.

Berikut adalah cadangan untuk mengagihkan lapan gelas air yang boleh dilakukan selepas berbuka sehingga waktu sahur.

1. Satu gelas selepas bangun tidur

2. Satu gelas selepas makan sahur

3. Satu gelas ketika berbuka

4. Satu gelas selepas solat Maghrib

5. Satu gelas selepas makan malam

6. Satu gelas selepas solat Isyak

7. Satu gelas selepas solat tarawih

8. Satu gelas sebelum tidur

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain