suria

Usahawan viral selamba gaul air asam guna sarung tangan kuning... KKM terus tegur, tak sesuai untuk penyediaan makanan

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

SEBAGAI pelanggan, kita biasanya akan lebih yakin apabila melihat peniaga menggunakan sarung tangan ketika mengendalikan makanan.

Namun harus diingat, tak semua sarung tangan sesuai untuk digunakan oleh peniaga makanan.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur seorang peniaga yang tular kerana menggunakan sarung tangan berwarna kuning ketika menyediakan makanan.

"KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.

"Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

danua2

Dania turut mencuci tangan sebelum mencuci sarung tangan itu.

"Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja," ciap KKM menerusi platform X pada Rabu.

Tambah KKM lagi, pihaknya ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan.

KKM membuat teguran berkenaan selepas tular video seorang usahawan makanan terkenal, Dania Sedek yang menggunakan sarung tangan kuning ketika menyediakan resipi air asam Siam.

Menerusi video tular itu, Dania dilihat mencuci tangannya dengan air paip dan sabun sebelum menyarungkan sarung tangan berkenaan.

kkm1

Ciapan KKM di laman X mengenai video tular itu.

Dia kemudiannya mencuci sarung tangan itu menggunakan air paip di sinki sebelum menggaul bahan-bahan makanan di dalam sebuah bekas plastik.

Beberapa netizen di X turut meninggalkan komen, mempersoalkan penggunaan sarung tangan kuning oleh TikToker itu.

"Sarung tangan tu bukan food compliance. Tak sesuai untuk penyediaan makanan.

"Sarung tangan tu aku duk buat cuci tandas bilik air.

"Nak bagi orang makan tapi dia sediakan makanan guna sarung tangan jamban.

"Dia ni tak pergi kelas penyediaan makanan ke apa?" tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain