suria

Suami isteri perlu tahu 7 makanan tingkat keinginan seks, rajin-rajin makan tembikai yang digelar viagra semulajadi

Makanan seperti stik daging boleh meningkatkan libido seseorang. Foto: Freepik.

TAHAP kesihatan manusia banyak dipengaruhi oleh makanan yang diambil setiap hari.

Menurut Dr Ahmad Samhan, kesihatan seksual juga boleh dipengaruhi oleh makanan yang mana menu-menu tertentu dapat meningkatkan libido seseorang.

"Libido adalah keinginan seksual yang secara semula jadinya memang wujud dalam diri setiap individu.

"Tahap libido ini adalah berbeza mengikut individu. Pemakanan juga boleh mempengaruhi tahap libido seseorang individu ya," ciapnya di Twitter.

dr

Dr Ahmad Samhan berkongsi senarai tujuh makanan yang boleh membantu meningkatkan libido.

Jelasnya, simptom kurang libido merangkumi kesukaran mencapai ereksi, kesukaran menahan ejakulasi bagi lelaki, jumlah air mani yang rendah, keletihan dan kekurangan tenaga, kehilangan jisim otot, kekurangan jisim tulang serta perubahan mood.

Berikut merupakan tujuh jenis makanan yang boleh membantu untuk meningkatkan libido:

1. Buah tembikai

Buah tembikai kadangkala dirujuk sebagai ‘viagra semula jadi’.

Ini kerana ia mengandungi citrulline, sejenis sebatian yang membantu sel darah menjadi lebih relaks sekali gus melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan.

makanan

Bukan sekadar sedap dimakan, malah tembikai juga digelar sebagai viagra semula jadi.

2. Kacang pine

Kacang pine adalah sumber zink tinggi.

Untuk pengetahuan anda, pengambilan makanan yang mengandungi zat ini dengan lebih banyak dalam diet anda dikatakan mungkin boleh meningkatkan keinginan seksual.

3. Kacang walnut

Kacang walnut kaya dengan asid lemak omega-3 dan lemak sihat yang boleh membantu mengeluarkan dopamine dan arginine – asid amino yang boleh meningkatkan nitrik oksida.

Kesannya, ia mungkin boleh membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan.

4. Stik daging

Daging terkenal mengandungi zat besi yang berfungsi sebagai penyalur oksigen kepada sel darah merah, sekali gus membekalkan tenaga pada tubuh badan.

Ia juga mengandungi protein dan vitamin B yang sangat membantu dalam perembesan dopamine, neurotransmiter yang mengawal reaksi otak terhadap rangsangan keseronokan.

Couple on white bed in hotel room focus at feet

Hubungan seks penting dalam hubungan suami isteri. Foto: Freepik.

5. Coklat gelap

Untuk penggemar coklat di luar sana, anda perlu tahu bahawa ia mengandungi sebatian yang dikenali sebagai phenylethylamine, yang membantu merembeskan endorfin dan dopamine.

Kedua-duanya adalah sangat bagus dalam membantu meningkatkan libido.

6. Rempah-ratus

Rempah-ratus seperti kulit kayu manis, cengkih dan lain-lain sebenarnya telah lama digunakan sebagai aphrodisiac – makanan atau minuman yang boleh meningkatkan keinginan seksual.

Dalam pada itu, aroma daripada rempah-ratus ini mungkin boleh membantu meningkatkan mood anda untuk beraksi bersama pasangan di ranjang.

7. Asparagus

Ia sangat kaya dengan folat dan vitamin B yang membantu mengeluarkan histamin.

Buat anda yang belum tahu, hormon ini dirembeskan ketika seseorang itu sedang mengalami orgasma.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain