suria

Pengasuh anak turunkan petua atasi badan bau busuk... Senang sangat, guna limau purut dan lada putih je!

Bebola kecil ini diperbuat daripada adunan kulit limau purut dan lada putih.

INDIVIDU yang mempunyai masalah bau badan biasanya suka menjauhkan diri daripada khalayak ramai kerana bimbang menjadi bahan umpatan.

Namun, ada dalam kalangan mereka tidak sedar memiliki masalah itu dan selamba bergaul mesra sehingga menimbulkan rasa tidak selesa individu di sekeliling.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah itu, apa kata cuba petua mudah ini yang menggunakan dua bahan sahaja iaitu limau purut dan lada putih.

Menurut Adila Azurin atau Dila, dia mempelajari petua itu daripada pengasuh anaknya.

"Kesannya lepas hampir sebulan Dila makan memang best. Peluh tak berbau kuat walaupun Dila baru lepas workout atau jogging.

"Satu lagi Dila perasan masa datang bulan hari tu. Biasanya badan Dila akan berbau sikit. Tapi bulan ni tak berbau. Seronoknya rasa.

"Tiba-tiba rasa amazing petua ni. Walaupun makan pun ada masa lupa, tapi bau badan tu hilang. Terus tak sabar nak share dengan anda semua," ujarnya di Facebook.

dila2

Kombinasi dua bahan ini boleh mengharumkan badan anda.

Cara-caranya:

1) Hiris kulit buah limau purut. Masukkan dalam mangkuk.

2) Tabur lada putih. Anngaranya sebiji limau purut dicampur bersama sesudu kecil lada putih. Dila guna yang biji bukan serbuk.

3) Kukus kulit limau purut bersama ladi putih tersebut lebih kurang 20 minit atau sampai kulit limau lembut.

4) Tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat.

5) Bulat-bulatkan seakan maajun atau jamu. Jangan besar sangat dikhuatiri tercekik masa makan nanti.

6) Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk. Ambil sebiji dan telan bersama air masak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain