suria

4 kegunaan ubat gigi ramai tak tahu, salah satu daripadanya cuci chewing gum di rambut

Anda boleh menggunakan ubat gigi untuk menanggalkan gula-gula getah pada rambut.

PADA pandangan kita, ubat gigi biasanya digunakan untuk memberus gigi sahaja.

Namun tahukah anda, bahan pembersih itu sebenarnya mempunyai beberapa manfaat lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

1. Gula-gula getah di rambut

Ini merupakan masalah biasa bagi para ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Anak-anak biasanya membuang gula-gula getah di merata-rata tempat sehingga ia terlekat pada rambut.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan ubat gigi dan berus gigi sahaja. Cuba gosok berus gigi yang diletakkan dengan ubat gigi pada rambut untuk menanggalkan gula-gula getah dengan mudah.

ubat gigi

Ubat gigi boleh digunakan untuk mengilatkan lampu kereta.

2. Bersihkan barang kemas

Barang berharga seperti rantai, cincin dan gelang emas boleh dibersihkan dengan menggunakan ubat gigi.

Jika perhiasan itu mempunyai kawasan lekuk atau lubang yang sukar dicapai, cuba bersihkan ia menggunakan berus gigi kerana ia mempunyai bulu-bulu halus.

Kawasan permukaan barang kemas pula boleh dibersihkan dengan tuala yang diletakkan ubat gigi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja putihkan gigi anda, tapi ubat gigi boleh kilatkan 5 benda ini!

3. Kilatkan lampu kereta

Ubat gigi juga boleh digunakan untuk mengilatkan semula permukaan cermin lampu kereta yang telah bertukar warna kelam dan kekuningan.

Caranya mudah sahaja. Berus ubat gigi pada lampu dan biarkan sekejap.

Kemudian, lap pula dengan kain bersih dan anda sendiri boleh melihat kesan perubahan dalam masa singkat.

file5vgnb0qyqoo153l1ka5t

Kuku anda akan menjadi lebih bersinar jika digosok menggunakan ubat gigi.

4. Kuku lebih bersinar

Pengilat kuku boleh dibeli di kedai-kedai kecantikan pada harga yang murah.

Namun sekiranya mahu berjimat, anda boleh mengilatkan kuku dengan menggunakan ubat gigi sahaja.

Picit ubat gigi pada tuala, kemudian gosokkan ia pada permukaan kuku dalam beberapa minit.

Ia memerlukan kesabaran dan fokus namun sangat berkesan untuk mendapatkan kesan kilat pada permukaan kuku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain