suria

Cara besarkan zakar tanpa kaedah pelik, tak perlu urut atau guna pam... Hasilnya memang kencang!

Saiz zakar turut mempengaruhi keyakinan lelaki. -Foto Freepik

INDIVIDU yang kurang yakin dengan saiz zakar mereka sebenarnya tidak bersendirian kerana ramai lagi kaum lelaki turut berdepan masalah sama.

Malah, ramai lelaki mengimpikan saiz zakar lebih besar sehingga ada yang mengambil pendekatan tidak selamat untuk menambah kepanjangan serta ukur lilit alat sulit mereka.

Pakar urologi, pakar bedah pelvis dan pendidik seks Dr. Rena Malik menawarkan beberapa nasihat untuk lelaki yang mahu menjadikan zakar mereka kelihatan lebih besar tanpa perlu melalui apa-apa prosedur.

1. Potong bulu

Bulu kemaluan yang tebal dan kasar boleh menyembunyikan sebahagian zakar anda.

Lelaki dinasihatkan agar sentiasa mencukur atau memotong bulu kemaluan untuk menjadikan zakar kelihatan 'penuh' dan lebih besar atau panjang.

Selain itu, kebersihan zakar juga lebih terjaga apabila bulu-bulu dipotong rapi secara berkala.

2. Kurangkan berat badan

Pakar urologi menjelaskan tisu erektil zakar anda meluas jauh ke dalam pelvis di belakang tulang kemaluan dan ke kawasan perineum.

Lelaki dinasihatkan agar sentiasa bersenam dan mengawal tekanan perasaan. Foto: Freepik.

Apabila berat badan bertambah, bahagian berkenaan juga akan menjadi gemuk, sekali gus menjadikan zakar kelihatan lebih kecil.

3. Kawal tekanan

"Otot zakar yang lembut berada di bawah 'kawalan adrenalin,' dan maksudnya apabila anda mempunyai adrenalin yang tinggi, seperti anda tertekan atau cemas, otot anda akan memerah, menyebabkan pengecutan zakar, kata pakar urologi itu.

4. Sentiasa bersenam

Lelaki juga dinasihatkan agar bersenam untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan dalam kehidupan seharian, sekali gus boleh membantu melegakan otot-otot tersebut.

5. Berhenti merokok

Menurut Lybrate, merokok boleh menjejaskan saiz zakar anda dengan ketara disebabkan oleh penyumbatan zarah asap tembakau yang dihasilkan dalam arteri yang membekalkan darah ke zakar.

Merokok turut dikaitkan dengan penyakit jantung, aliran darah ke beberapa organ dalam badan terjejas termasuk zakar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain