suria

Rawat kelemumur degil dengan ‘syampu’ daun limau purut, mudah sangat nak buat... guna cengkih pun boleh

Daun limau purut dan bunga cengkih boleh digunakan untuk merawat kelemumur.

BERTUDUNG atau tidak, mempunyai rambut yang sihat merupakan satu perkara yang dimahukan semua orang.

Namun, antara masalah berkaitan rambut yang paling kerap berlaku adalah kelemumur, membuatkan kita kurang berkeyakinan untuk berjumpa orang ramai.

Limau purut

Menurut seorang individu dikenali sebagai Kak Ya Leha Yusof, masalah kelemumur boleh dihapuskan dengan menggunakan petua daun limau purut sahaja.

Apa yang anda perlukan hanya 10 helai daun yang dikisar bersama air.

Namun jangan biarkan ia terlalu cair.

Jika rajin, boleh juga tumbuk daun limau purut itu dan campurkan ia dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

str2_fittell2906_py_1

Amalkan petua daun limau purut untuk merawat kelemumur. (Gambar Hiasan)

Selepas menggunakan syampu, ambil pes tadi dan lumurkan di kepala, ratakan ke seluruh kulit dan rambut.

Urut kepala anda supaya pes tadi meresap, biarkan selama dua minit dan bilas sehingga bersih.

InsyaAllah petua ini mampu menghapuskan masalah kelemumur jika diamalkan secara konsisten.

Bunga cengkih

Satu lagi petua untuk menghilangkan kelemumur yang dikongsi oleh Najwa Qadah adalah dengan menggunakan bunga cengkih.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masukkan beberapa bunga cengkih di dalam shampoo dan gunakan ia seperti cucian rambut biasa.

Selain menghilangkan kelumumur, petua dari Arab ini juga dikatakan mampu merawat masalah rambut berminyak dan rambut gugur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain