suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Payudaya makin mengendur? Wanita kongsi petua guna halia dan susu, dakwanya boleh tegang semula

Halia bakar dicampur dengan susu dikatakan boleh membantu wanita mendapatkan payudara yang tegang.

PAYUDARA merupakan aset penting bagi setiap wanita.

Sama seperti anggota badan yang lain, payudara juga harus dijaga bagi mengekalkan fungsinya kepada manusia.

Di aplikasi TikTok, seorang wanita meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi petua untuk menegangkan payudara.

Menurut pemilik TikTok Queendalisyarina76, petua mudah itu hanya menggunakan dua bahan sahaja.

Bahan-bahan

1. Halia

2. Susu (boleh guna susu kotak)

Cara-caranya

1. Ambil halia dan potong sebesar ibu jari kaki

2. Bakar halia tersebut sehingga separa hangus

3. Setelah dibakar, tumbuk halia itu

payudata3

Petua ini memerlukan dua bahan sahaja.

4. Panaskan susu segar hingga mendidih

5. Masukkan halia yang ditumbuk tadi ke dalam susu dan kacau

6. Selepas itu, tutup api dan biarkan ia bertukar menjadi suam

7. Sedia untuk diminum, amalkan sehari sekali tidak kira pagi atau malam

Menurut wanita itu, kesan petua itu akan berlaku serta merta apabila anda mula sendawa atau melepaskan angin.

Selain menganjalkan payudara, dia berkata petua itu juga boleh membantu untuk memberbanyakkan susu ibu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain