suria

Wanita cuba minum air buah zuriat, bulan kedua terus hamil! Cara merebus kena betul, langkah nombor 6 ini ramai tak buat

Minum air rebusan buah zuriat boleh diamalkan pasangan belum dikurniakan anak. Foto: Facebook.

SETIAP pasangan berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata yang bakal menjadi pelengkap kehidupan mereka.

Namun, tidak semua insan beruntung kerana terdapat pasangan yang terpaksa menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat.

Seorang wanita pernah menjadi perhatian warga maya apabila dia berkongsi kisahnya yang mengamalkan petua air rebusan buah zuriat sehingga berjaya hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Nurul Balqis yang senang disapa Qis, petua itu dikongsi oleh rakannya dan dia bersyukur apabila turut merasai sendiri keberkesanannya.

"Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat.

buah3

Buah zuriat yang dibelah dua.

"Dan cadangkan Qis untuk usaha benda yang sama. Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Makkah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana. Alhamdulillah.

"Apa buah zuriat ni? Apa kelebihannya? Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Makkah dan Madinah (tanah Arab) sangat banyak," ujarnya menerusi Facebook.

Menurut Qis, buah zuriat dikatakan mampu membantu merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita, menambah kepekatan air mani lelaki dan menguatkan dinding rahim wanita.

"Alhamdulillah, dengan izinNya setelah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya," ceritanya lagi.

Cara membuat air rebusan buah zuriat:

1. Gunakan dua biji buah zuriat. Mula-mula buang dulu lapisan pertama. Kopek kulitnya yang paling luar.

2. Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.

buah2

Buah zuriat dikatakan mempunyai kulit yang keras.

3. Kemudian, belahkan buah tersebut kepada dua bahagian. Selepas itu, belah lagi menjadi ketulan lebih kecil.

4. Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh.

5. Jangan buang buah yang direbus. Boleh simpan untuk rebusan seterusnya.

6. Boleh diminum bila-bila masa sahaja, yang penting konsisten pada waktu yang sama. Ingat, bukan untuk isteri sahaja, suami juga kena minum.

7. Sebelum minum tu, baca dulu Selawat tujuh kali, kemudian baca doa untuk mendapatkan zuriat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain