suria

Zakar tak cukup tegang? Ini 10 makanan terbaik agar ereksi tahan lama, padu dalam 30 hari

Lelaki boleh mengamalkan pengambilan delima untuk kesihatan mereka. -Foto Freepik

MAKANAN memainkan peranan penting terhadap kesihatan manusia.

Untuk kaum lelaki, mereka juga boleh mengamalkan pemakanan tertentu untuk kesihatan batin mereka.

Berikut kami kongsikan 10 makanan terbaik untuk membolehkan lelaki mendapat ereksi zakar yang 'padu' dalam tempoh 30 hari.

1. Delima

Delima merupakan buah yang bagus untuk lelaki. Delima diketahui dapat meningkatkan tahap testosteron, libido, kualiti ereksi, kesihatan prostat dan kesejahteraan umum dalam kalangan lelaki.

2. Tembikai

Tembikai merupakan sumber semula jadi citrulline. Citrulline adalah asid amino yang boleh menyokong ereksi yang lebih baik.

Viagra berfungsi dengan meningkatkan aliran darah ke zakar, membolehkan seorang lelaki lebih mudah mendapat ereksi apabila dia terangsang.

Citrulline mungkin melakukan perkara yang sama, walaupun ia berfungsi dengan cara yang berbeza berbanding viagra.

A closeup vertical shot of blueberries with water droplets and leaves

Beri biru dikatakan mempunyai khasiat untuk kesihatan lelaki. Foto: Freepik.

3. Jus ubi bit

Jus ubi bit membantu badan menghasilkan nitrik oksida. Nitrik oksida sering digunakan untuk membuka saluran darah dan membantu mengekalkan tekanan dalam corpus cavernosum yang diperlukan untuk mengekalkan ereksi.

4. Tiram

Tiram kaya dengan mineral zink dan vitamin B6, yang mana kedua-duanya penting untuk testosteron. Malah, ia mengandungi nutrien yang boleh membantu untuk memberi manfaat kepada prestasi seksual.

5. Kopi

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki yang minum kopi mengalami kurang disfungsi erektil (ED) berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Kopi juga dikatakan mampu mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

lelaki5

Makanan yang baik dapat memberi manfaat untuk kesihatan seksual lelaki. Foto: Freepik.

6. Oat

Oat seperti kacang dan ikan berlemak mempunyai sumber L-arginine yang hebat. Asid amino ini membantu dalam mengurangkan kekejangan saluran darah dengan ketara.

Asid amino ini digunakan untuk merawat masalah yang berkaitan dengan ereksi. Asid amino juga berfungsi dengan cara yang sama seperti viagra kerana ia membantu mengendurkan otot dan saluran di sekeliling zakar.

Ini membantu mereka mengembang dengan betul dan seterusnya peningkatan aliran darah ke zakar membantu mengekalkan ereksi.

7. Beri biru

Kajian mendapati bahawa tiga flavonoid spesifik iaitu antosianin, flavanon dan flavon menawarkan manfaat terbesar dalam mencegah disfungsi erektil. Antosianin biasanya terdapat dalam beri biru, ceri, beri hitam, dan lobak. Flavanon dan flavon pula terdapat dalam buah sitrus.

front close view delicious bananas on the light background fruit berry exotic food

Pisang mempunyai banyak khasiat untuk manusia. Foto: Freepik.

8. Pisang

Menurut kajian, pengambilan pisang secara berkala merendahkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, dan memberi tenaga kepada otot zakar.

Bersama-sama dengan membantu otot zakar membesar, ia juga meningkatkan daya tahan mereka semasa ereksi, mengurangkan risiko disfungsi erektil.

9. Pistachio

Pistachio kaya dengan arginine, asid amino yang membawa kepada pengeluaran nitrik oksida, bahan kimia yang diketahui dapat meningkatkan aliran darah ke zakar.

10. Beri hitam

Beri hitam adalah baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan, tetapi ia juga boleh membantu lelaki mendapatkan ereksi dan mengekalkannya.

Ini adalah makanan kaya flavonoid yang mengurangkan kejadian disfungsi erektil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain