suria

Amalkan petua wap nasi, air rebusan sawi untuk rawat mata rabun... masalah silau pun boleh berkurang

Amalkan petua wap nasi untuk memperbaiki kesihatan mata anda. Foto: Freepik.

INDIVIDU yang mengalami masalah rabun dan silau hanya mampu mengharapkan bantuan cermin mata untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Bagi mereka yang tidak mampu menjalani pembedahan lasik, apa kata cuba 10 petua ini yang dikatakan berkesan untuk merawat mata rabun.

1. Wap nasi

Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

2. Sawi

Rebus secekak sawi dengan dua gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan tiga kali seminggu.

3. Lobak merah

Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah rabun semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

sawi

Sayur seperti sawi dan brokoli mempunyai khasiat untuk kesihatan kita.

4. Teh

Teh dikatakan boleh mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baharu di belakang mata. Jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

5. Bawang putih dan bawang merah

Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas jika suka main telefon terlalu lama... anda mungkin akan rabun, nampak lebih tua dari usia sebenar

6. Kacang walnut

Kacang Walnut mengandungi sumber Omega 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

7. Tomato

Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

IZZRAFIQ ALIAS The Star

Kandungan dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak.

8. Kacang soya

Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

9. Telur

Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata

10. Brokoli

Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata. - Ana Mahabu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain