suria

Seks ‘main’ belakang banyak risiko! Selaput dubur mudah terkoyak, jadi ‘sarang’ penyakit kelamin

Dr Ahmad Samhan (gambar kecil) berkata seks melalui dubur membawa risiko penyakit terhadap manusia. -Foto Freepik

PERBUATAN liwat adalah aktiviti seks yang berisiko untuk dilakukan.

Perkara itu dinyatakan pakar perubatan Dr Ahmad Samhan menerusi Twitter dalam usahanya untuk mendidik masyarakat tentang bahaya perbuatan terkutuk berkenaan.

Menurut Dr Ahmad Samhan, seks anal atau liwat bermaksud persetubuhan dilakukan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur atau punggung.

Perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam itu bukan sahaja dibuat oleh pasangan gay tetapi turut dilakukan oleh sebilangan suami isteri.

1. Seks anal seks paling berisiko

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), bahaya paling utama ialah peratusan untuk dijangkiti dan menyebarkan HIV ketika menghidapnya cukup tinggi.

Ini kerana dubur secara semula jadi tidak menghasilkan pelincir dan kulit di kawasan ini juga sangat tipis, maka sebarang koyakan pada dubur akan menjadi tempat sempurna untuk mendapat HIV dan penyakit kelamin (STD) lain.

close-up-couple-feet-separated

Liwat merupakan seks paling berisiko dalam kalangan manusia. -Foto Freepik

2. Dubur boleh terkoyak

Walaupun koyakan dubur kadang-kala dipandang enteng dan kebanyakan STD dapat dirawat, namun kesan koyak pada kawasan ini berpotensi menjadi ‘sarang’ pembiakan bakteria yang cukup baik.

Ini sekali gus memudahkan bakteria memasuki saluran darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kajian dedah aktiviti seks oral jadi penyumbang terbesar kanser tekak, kes meningkat macam wabak

3. Liwat boleh jadi punca kanser dubur

Disebabkan dubur mempunyai selaput yang nipis, ia lebih cenderung untuk terkoyak dan terdedah kepada STD.

Salah satu STD yang dikaitkan dengan kanser mulut, serviks dan dubur adalah virus papilloma manusia (HPV).

Ia biasanya menghilang sendiri, tapi dalam beberapa kes ia mengakibatkan kanser, kata Dr. Jill McDevitt, Pendidik Seks.

Jadi, HPV dianggap sebagai penyebab utama kanser dubur.

4. Najis membawa jangkitan lain yang berisiko

Seperti yang kita sedia maklum, dubur menjadi saluran langsung ke usus. Pastinya, usus adalah ‘rumah’ bagi najis, kan?

Jika jangkitan kelamin ditolak tepi, sudah tiba masanya untuk pertimbangkan jangkitan seperti E. coli, bakteria yang hidup di dalam usus dan dalam situasi apa pun, tidak boleh masuk ke dalam mulut!

Sudah jelas lagi nyata menunjukkan seks melalui dubur adalah sejenis aktiviti seksual yang cukup berisiko dan boleh mengundang mudarat terhadap kesihatan.

Oleh itu, elakkanlah dari terus melakukan perbuatan luar tabii ini ya, pasti ada hikmahnya jika Islam melarang sesuatu!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain