suria

Asyik nak sedap sendiri, ramai tak sedar ketagih onani... Ketahui batas keseronokan seksual elak masalah psikologi

Dapatkan rawatan sekiranya ketagihan onani mula menjejaskan kehidupan anda. Foto: Freepik.

ONANI merupakan perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual untuk memuaskan nafsu.

Menurut laman web MyHealth, ia adalah sebahagian daripada perkembangan seksual dan boleh berlaku kepada remaja lelaki mahupun perempuan

Namun, ramai orang tidak mahu membincangkan perkara ini atau mengaku melakukannya kerana mereka mungkin berasa malu.

Adakah melancap satu kesalahan?

Beronani boleh dianggap sebagai satu proses pertumbuhan yang normal, namun tidak semua individu melakukannya. Ia merupakan pengalaman pertama untuk mendapatkan keseronokan seksual.

Beronani berseorangan atau dengan pasangan anda adalah satu cara untuk mendapat keseronokan seksual tanpa risiko mengandung atau menghidap penyakit kelamin.

Namun, ia menjadi satu kesalahan apabila dilakukan di khalayak ramai atau di tempat terbuka serta dilakukan dengan begitu kerap sehingga anda menjadi ketagih untuk melakukannya.

Adakah ianya merbahaya?

Secara amnya, beronani itu tidak bahaya. Namun, ia boleh menjadi bahaya jika dilakukan dengan agresif sehingga boleh mencederakan diri anda atau dilakukan terlalu kerap sehingga menyebabkan gangguan fizikal dan psikologi.

Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan kecelaruan emosi dan pelaku berasa tidak segan silu melakukannya di hadapan orang lain.

Gangguan emosi yang menjurus kepada keinginan seksual yang tinggi boleh dirawat melalui sesi kaunseling dan psikoterapi.

Sebagai peringatan, anda perlu mendapatkan bantuan sekiranya aktiviti beronani menganggu aktiviti harian dan mula menjejaskan diri sendiri.

Selain merujuk kepada ibu bapa, anda juga boleh mendapatkan bantuan guru atau kaunselor (jika masih bersekolah), pembimbing rakan sebaya serta doktor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain