suria

Selera seks merudum lepas dapat anak... Cuba 4 cara ini untuk ‘jentik’ rasa ghairah di ranjang

Suami-isteri boleh mencuba seks di tempat berbeza untuk menambah lagi kehangatan asmara. -Foto Freepik

NAFSU seks yang berkurang selepas menimang cahaya mata merupakan satu perkara normal bagi pasangan suami isteri.

Bukan sahaja wanita, malah libido lelaki juga mencapai paras terendah dalam tempoh enam hingga sembilan bulan pertama selepas kelahiran bayi, kata pakar kesihatan wanita, Dr Sheryl Ross.

Pasangan suami-isteri yang berdepan masalah itu boleh mencuba beberapa cara untuk menghangatkan kembali hubungan kelamin mereka.

1. Tukar tempat

Bosan itu merupakan perasaan yang lazim bagi setiap manusia. Bagi pasangan yang mempunyai masalah ini, anda boleh mencuba untuk menukar lokasi seks.

Jika berkemampuan, sesekali bawa pasangan anda bercuti dan menginap di hotel. Dengan ini, anda berdua boleh bermesraan dalam suasana yang berbeza daripada kelaziman biasa.

Side view breakfast with coffee cup and omelette in plate on hotel room

Bawa pasangan bercuti boleh membantu untuk mengeratkan kemesraan. Foto: Freepik.

Selain itu, jika anda terbiasa melakukan seks dalam bilik tidur di rumah, apa kata tukar ke ruang tamu, dapur atau bilik mandi. Tapi pastikan anak tidur atau tiada pada waktu itu!

2. Cuba posisi berbeza

Mencuba posisi seks yang berlainan mampu meningkatkan lagi kehangatan asmara suami-isteri.

Banyak bahan bacaan berkaitan hubungan suami-isteri boleh menjadi rujukan sekiranya anda buntu tentang posisi-posisi yang boleh dicuba.

Paling penting, bermesraan dahulu sebelum berasmara dan buatlah apa sahaja yang boleh merangsang pasangan anda selagi ia tidak menyakitkan dan melanggar hukum agama.

3. Mesej mesra

Tidak salah sekiranya pasangan suami-isteri mahu berbalas mesej mesra.

Cuba hantar mesej nakal kepada pasangan. Dengan cara ini, anda berdua boleh mencipta rasa teruja serta antisipasi sebelum melakukan hubungan seks.

Couple talking about something last night in the morning

Ada pasangan berdepan masalah dingin seks selepas menimang cahaya mata. Foto: Freepik.

4. Kongsi fantasi

Imaginasi dan fantasi sebenarnya boleh diterjemahkan menjadi realiti. Kongsi apa yang anda fikirkan dengan pasangan dan cuba terjemahkannya ketika berada di ranjang.

Dengan cara ini, anda berdua dapat merasai pengalaman yang berbeza, sekali gus mengembalikan semula kehangatan asmara yang mula pudar.

Jika anda mencuba pelbagai cara namun menemui jalan buntu, mungkin sudah tiba masanya untuk merujuk kepada yang pakar.

Pakar terapi seks mungkin tidak mampu untuk menyelesaikan masalah anda sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya mereka dapat memberi nasihat, tip dan ilmu baharu berkaitan seks kepada anda berdua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain